ISUZU D-MAX ARCTIC TRUCKS AT35 – LEBAR BETUL FENDER FLARE PIKAP INI

SHARE

Biasa tidak bila kita pergi ke sesuatu tempat makan, sukar hendak buat keputusan untuk pilih kedai yang mana? Ada satu tips iaitu perhatikan di mana pekerja setempat makan, contohnya abang atau kakak Pengawal Keselamatan lepak di mana.

Boleh jadi, tempat tersebut kena selera dan mempunyai sebabnya tersendiri kenapa ia menjadi pilihan pekerja di sesuatu lokasi.

Begitu juga apabila hendak membeli kenderaan pikap untuk kegunaan komersil atau syarikat. Perhatikan jenama dan model mana yang digemari oleh sesebuah syarikat terutama sekali yang terlibat dalam mengendalikan lebuh raya seperti PLUS dan LPT.

Boleh dikatakan, pengendali ini memilih Isuzu D-Max berbanding pikap lain di pasaran. Daripada situ pasti ada keistimewaan tersendiri yang terdapat pada D-Max mahupun pakej ditawarkan Isuzu.

Ini pula pakej D-Max yang ditawarkan oleh pakar kenderaan 4X4 iaitu Arctic Trucks. Siapakah Arctic Trucks ini?

Jika ada yang masih ingat ekspedisi TopGear ke Kutub Utara, inilah syarikat yang menyediakan Toyota Hilux AT38 berwarna merah tersebut.

Arctic Trucks sememangnya pakar dalam ubahsuai kenderaan 4X4 di mana ia ditubuhkan di Iceland pada tahun 1990. Sejak dari tahun tersebut pelbagai kenderaan telah diubahsuai dan ekspedisi pengembaraan ke Kutub Utara dijalankan.

Kini mereka telah bekerjasama dengan Isuzu UK bagi memperkenalkan D-Max Arctic Trucks kepada pelanggan yang berminat walaupun mereka tidak berhajat untuk ke Kutub Utara.

Arctic Trucks AT35 diasaskan dari model generasi baharu D-Max dengan sesaran enjin jauh lebih kecil daripada pesaing iaitu 1.9 liter turbo diesel berkuasa 164PS dengan tork 360Nm. Ia dipadankan bersama transmisi manual atau automatik.

Enjin moden ini mematuhi standard Euro 6 serta lebih senyap dan ekonomikal berbanding enjin sebelumnya. Walaupun kecil, ia mempunyai kuasa tunda 3.5 tan dengan tanggungan beban sehingga satu tan. 

Walaupun gayaan luarnya nampak ganas dengan fender flare yang lebar ibarat kereta wide body namun ia masih dilengkapi peralatan moden seperti sistem kemasukan tanpa kunci, butang penghidup enjin, sistem multimedia dengan skrin sesentuh bersaiz tujuh inci, sistem Apple CarPlay & Android Auto serta sistem navigasi satelit.

Pikap ini turut didatangkan dengan filem penebat cermin, tailgate damper dan pilihan rim berwarna perak jika pembeli mahu menukar daripada rim asal berwarna hitam.

Untuk menjadikannya lebih eksklusif, kelengkapan dalaman seperti perehat kepala, alas kaki, plet ambang pintu, panel meter dan kulit pintu kesemuanya tampil dengan logo Arctic Trucks. 

Isuzu D-Max Arctic Trucks AT35 boleh dipesan melalui tujuh warna pilihan iaitu Splash White, Cosmic Black, Obsidian Grey, Venetian Red, Tundra Green, Titanium Silver dan Nautilus Blue.

Harga pikap ini bermula dari GBP 37,995 atau RM 208,916.19. Mmmm… mahal juga harga pikap di UK.

BACA: RAKSAKSA V8 NISSAN CEFIRO ….PIKAP

BACA: PIKAP OLDSKOL DATSUN SUNNY GB120

[ngg_images source=”galleries” container_ids=”14″ display_type=”photocrati-nextgen_basic_thumbnails” override_thumbnail_settings=”1″ thumbnail_width=”100″ thumbnail_height=”80″ thumbnail_crop=”1″ images_per_page=”20″ number_of_columns=”5″ ajax_pagination=”0″ show_all_in_lightbox=”0″ use_imagebrowser_effect=”0″ show_slideshow_link=”0″ slideshow_link_text=”[Show slideshow]” order_by=”sortorder” order_direction=”ASC” returns=”included” maximum_entity_count=”5000″]

Share this post

scroll to top