Buletin

ISUZU D-MAX FACELIFT – 3 VARIAN, BERMULA RM83,000 SEUNIT

Isuzu Malaysia baru-baru ini melancarkan varian model trak pikap D-Max facelift disasarkan untuk segmen gaya hidup. Pada masa yang sama mengukuhkan lagi  kedudukannya sebagai pakar pembuat trak pikap.    

Menawarkan pilihan lapan model dalam tiga varian yang berbeza iaitu Standard, Premium dan  Z-Prestige, ia menampilkan pengubahsuaian ketara yang pertama sejak D-Max diperkenalkan pada tahun 2013.

Isuzu-D-Max-facelift-Z-Prestige-mekanika (3)

Varian yang

diperbaharui itu dilibatkan penambahbaikan yang banyak di bahagian luaran dan dalaman termasuklah pelbagai ciri-ciri lain yang baru. Bagaimanapun, pilihan rangkaian kuasa enjin diesel VGS turbo Intercooler 2.5 dan 3.0-liter yang dipadankan dengan transmisi automatik atau manual lima kelajuan dikekalkan.

Harga di atas jalan (termasuk GST, cukai jalan dan insurans) bermula RM83,000 bagi D-Max 2.5L Standard dengan transmisi manual hingga RM RM128,000 untuk D-Max 3.0L Z-Prestige bertransmisi automatik.

Isuzu-D-Max-facelift-Z-Prestige-mekanika (4)

Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Kenji Matsuoka menyatakan barisan D-Max facelift itu akan membolehkan pihaknya memenuhi keperluan lebih ramai pelanggan.

“D-Max sememangnya menjadi pilihan mereka yang mahukan trak pikap boleh diharap, tahan lasak dan menjimatkan. Terdapat potensi pasaran yang besar bagi trak pikap yang diubahsuai dan diberi kemasan oleh pengeluar seperti varian Z-Prestige,” katanya.

Isuzu-D-Max-facelift-Z-Prestige-mekanika (2)

Z-Prestige didatangkan dalam tiga varian bersama koordinasi warna eksklusif. Ia turut  dilengkapi aksesori dan ciri-ciri yang mesra pengguna. Ini jelas menggambarkan hasrat Isuzu untuk mensasarkan segmen gaya hidup yang kian berkembang.

Rekaan Z-Prestige berasaskan kepada model-model edisi terhad sebelum ini yang medapat sambutan menggalakkan. Unit Silky White Pearl direka untuk eksekutif yang membei penekanan terhadap aspek penampilan dan gaya mewah.

Isuzu-D-Max-facelift-Z-Prestige-mekanika (1)

Bagi yang rugged dan sukakan cabaran, varian eksklusif Velvet Red Mica direka khusus untuk mereka. Varian Stallion Black pula bertemakan kehidupan ‘urban underground’ yang provokatif.

Ciri-ciri baru pada varian Z-Prestige termasuklah ‘Passive Entry and Start System’ (PESS), rim aloi 18”, lampu depan projektor dengan lampu nyalaan siang (DRL) LED,  pemain DVD skrin sentuh bersaiz 8 inci, sistem bunyi keliling bersama lapan unit pembesar suara, panel meter electroluminescent (e-LUMAX) dengan ‘Multi-Information Display’ (MID), port multimedia, ruang untuk telefon pintar, tempat duduk dibalut kulit serta perehat tangan.

Semua varian hadir bersama sistem keselamatan seperti brek ABS, Sistem Kawalan Cengkaman (TCS), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), EBD, BA dan Bantuan Mendaki (HSA).

Google ads
Back to top button