Buletin

ISUZU MALAYSIA LANCAR ISUZU ELF

Semalam, rangkaian trak komersial paling laris di Malaysia telah mengambil langkah yang revolusionari menerusi pengenalan trak Isuzu N-Series generasi keenam. 

SONY DSC

Kini dikenali sebagai Isuzu ELF, ia merupakan sebuah trak yang baru sepenuhnya. Ia menawarkan pelbagai faedah sama ada dari perspektif seorang pemilik atau pemandu, terutama dari segi keselamatannya.

Ini kerana Isuzu ELF ialah trak tugas ringan pertama di Malaysia yang menepati piawaian ketat standard keselamatan Suruhanjaya Ekonomi Bangsa-bangsa Bersatu untuk Eropah (UNECE).

SONY DSC

Pengenalan model ini adalah bagi menunaikan janji Isuzu Malaysia untuk menawarkan pengendali trak di Malaysia dengan satu rangkaian produk Isuzu yang komprehensif.

Berucap pada majlis pelancarannya di Selangor, Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Kimitoshi Kurokawa menyatakan bahawa generasi terkini trak tugas ringan Isuzu ini memiliki ciri-ciri rekaan termaju.

SONY DSC

“Trak-trak baharu ini telah direka bagi terus menambah faedah memiliki sebuah kenderaan Isuzu. Rekaan termaju, kejuruteraan mengagumkan dan ciri berorientasikan pemandu yang cemerlang memastikan Isuzu ELF serba baharu terus menjadi trak pilihan dalam kalangan rakyat Malaysia,” kata Kurokawa.

Isuzu ELF terdiri daripada tiga model pilihan. Model empat tayar NLR memiliki berat dengan muatan (BDM) 4.8 tan, manakala model NPR enam tayar pula mempunyai BDM seberat 5 tan.

SONY DSC

Sementara itu, model NQR enam tayar baharu hadir dengan BDM mencecah 8.5 tan. Ia merupakan model pertama dalam kelasnya yang menawarkan kemampuan kapasiti beban gandar yang tinggi.

Bagi memenuhi keperluan pelanggan yang pelbagai, terdapat lebih sembilan konfigurasi berbeza pada rangkaian Isuzu ELF. Ini termasuklah dua enjin common rail berprestasi tinggi dan dua transmisi enam kelajuan.

4HK1-TCN

Produk Isuzu memang terkenal dari segi ketahanan, kebolehpercayaan dan penjimatan bahan api, justeru ELF terbaharu ini telah menerima penambahbaikan yang ketara berbanding generasi sebelumnya. Pada masa yang sama, ciri-ciri seperti keselesaan, ruang, prestasi enjin dan keselamatan juga telah dipertingkatkan.

Melalui pengenalan Isuzu ELF serba baharu, Isuzu Malaysia dijangka terus menguasai pasaran trak tugas ringan pada tahun ini dengan jualan mencecah 6,500 unit dengan 1,500 unit daripadanya disumbangkan oleh Isuzu ELF.

Isuzu-ELF-Mekanika (12)

“Saya yakin bahawa dengan peningkatan ciri yang impresif, kualiti binaan yang mengagumkan dan kadar muatan yang bagus, Isuzu ELF serba baharu akan terus menguasai carta jualan serta kekal menjadi trak tugas ringan kegemaran rakyat Malaysia.

“Kami juga menjangkakan kadar pertumbuhan tahunan akan meningkat kepada 5.4 peratus,” tambah Kurokawa.

SONY DSC

Rangkaian baru trak Isuzu ELF ini boleh didapati di semua pengedar khas trak Isuzu mulai sekarang. Untuk mengetahui lokasi pengedar trak Isuzu yang terdekat, sila layari laman web, www.isuzu.net.my atau hubungi talian 1-300-88-1133.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button