ISUZU MALAYSIA LANTIK ATSUNORI MURATA SEBAGAI COO BAHARU

SHARE

Isuzu Malaysia Sdn. Bhd. (IMSB) telah melantik Atsunori Murata sebagai Ketua Pegawai Operasinya yang baru. Murata akan menggalas tanggungjawab menyelia aspek operasi Divisyen Kenderaan Komersial.

Pelantikan tersebut dimumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif IMSB, Koji Nakamura dalam majlis makan malam media baru-baru ini.

“Atsunori Murata seorang yang berpengalaman luas dalam aspek pembangunan jualan dan perniagaan, perancangan produk dan operasi. Beliau sebelum ini memegang beberapa jawatan penting sepanjang berkhidmat di Isuzu Motors Japan,” kata Nakamura.

Isuzu Dmax Desktop

Murata yang mula berkhidmat di Isuzu Motors Limited sejak tahun 1998 mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam aspek jualan antarabangsa dan pengurusan perniagaan.

Beliau berpengalaman mengendalikan pelbagai pasaran dunia, termasuk China, Hong Kong, Singapura, Australia, New Zealand, negara-negara Kesatuan Eropah, dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Murata turut mendalami aspek penyeliaan perniagaan, perancangan jualan dan selepas jualan, pengurusan kewangan korporat dan penyelarasan pembuatan kenderaan komersial sewaktu ditugaskan di Isuzu Trucks South Africa pada tahun 2010 serta Isuzu Motors Sub Saharan Africa pada tahun 2015.

Sekembalinya berkhidmat dengan Isuzu Motors Japan, beliau ditugaskan sebagai Ketua Penyelaras untuk Pameran Motor Tokyo 2017.

“Saya berasa gembira kerana dapat menyertai Isuzu Motors Malaysia dan melihat secara positif cabaran baru yang bakal saya hadapi. Saya akan melakukan yang terbaik untuk memastikan Isuzu Malaysia mencapai kejayaan yang lebih memuaskan dalam industri automotif tempatan,” kata Murata.

Selain Murata, Divisyen Selepas Jualan turut disertai oleh beberapa orang pegawai baru. Ini termasuklah Ketua Pegawai Operasi, Ryo Kakogawa; Penasihat Kanan Perkhidmatan Pemasaran, Katsushi Shimauchi dan Penasihat Operasi Alat Ganti, Yuji Shinya.

Untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian kenderaan Isuzu, sila hubungi 1-300-88-1133 atau layari www.isuzu.net.my.

Share this post

scroll to top