Buletin

ISUZU MU-X DILANCARKAN SECARA RASMI

Toyota Fortuner dan Mitsubishi akhirnya mempunyai pesaing yang setara apabila Isuzu Malaysia secara rasmi melancarkan Isuzu MU-X malam semalam.

SONY DSC

MU-X menyertai trak pikap Isuzu D-Max yang sudah berada sepuluh tahun di pasaran tempatan. Pastinya MU-X cukup dinanti oleh mereka yang mahukan sebuah SUV bersaiz sederhana yang terbukti lasak, menjimatkan bahan api dan serba boleh.

Berbekalkan tiga ciri penting tersebut, MU-X dilihat mula menarik perhatian pengguna. Buktinya, Isuzu Malaysia menjangkakan sasaran awal untuk menjual 700 unit Isuzu MU-X serba baharu pada tahun ini tidak sukar dicapai.

SONY DSC

Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Kenji Matsuoka mengakui bahawa rekaan Isuzu MU-X serba baharu yang segar dan pelbagai ciri mendahului kelasnya menyumbang kepada permintaan kukuh tersebut.

“Dengan minat yang mendalam ini, kami yakin jualan Isuzu MU-X serba baharu mampu mencapai 1,000 unit sebelum akhir tahun, sekali gus membolehkan Isuzu menguasai 30 peratus pasaran segmennya,” kata Matsuoka.

SONY DSC

SUV itu sudah menerima tempahan sebanyak 300 unit, sememangnya melangkaui ekspektasi awal. MU-X ialah sebuah kenderaan serba boleh yang berpegang kepada tagline ‘Bersedia untuk lebih lagi’ (all set for more).

Bagi menjangkau audien yang lebih luas, MU-X ditawarkan dalam dua varian iaitu pacuan 4×2 dan 4×4. Versi 4×2 boleh anda miliki pada harga RM152,000 seunit. Manakala varian 4×4 yang tampil dengan lebih banyak ciri ditawarkan pada harga RM165,000 seunit. Harga itu adalah di atas jalan termasuk insurans dan  GST.

Isuzu-MU-X-launch-mekanika (1)

Dibina berasaskan kepada platform Isuzu D-MAX yang tahan lasak, Isuzu MU-X membawa bersama banyak keistimewaan model D-MAX. Ini termasuklah kerangka jenis ladder yang kukuh, rangkaian kuasa versatil dan ciri keselamatan dinamik.

Jentera ini digerakkan oleh enjin diesel dengan Variable Geometry System (VGS) bersesaran 2.5 liter berkuasa 136PS dan tork maksimum 320Nm. Enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear automatik lima kelajuan yang menjanjikan perjalanan lancar.

SONY DSC

Sistem suspensi jenis double wishbone dan pegas gegelung pada roda hadapan dan rekaan 5-link untuk roda belakang pula menawarkan kestabilan, keselesaan serta pengendalian yang lebih baik.

Di bahagian dalam, rekaan pintar ruang MU-X mewujudkan satu persekitaran yang selesa untuk semua dan apa sahaja. Tempat duduk belakang boleh dilipat dengan pelbagai konfigurasi bagi membolehkan pemilik memadan suai ruang mereka sama ada untuk kegunaan penumpang atau membawa kargo. Corong pendingin hawa di bahagian kepala untuk ketiga-tiga baris tempat duduk memastikan semua orang sentiasa berada dalam keadaan selesa.

Isuzu-MU-X-launch-mekanika (9)

MU-X menampilkan aspek keselamatan terbaik dalam kelasnya. Ia dilengkapi sistem bantuan elektronik seperti sistem brek anti kunci (ABS) bersama Electronic Brake-force Distribution (EBD) dan Brake Assist (BA). Jentera itu turut dipasang dengan ciri Electronic Stability Control (ESC) dan Traction Control System (TCS) demi memastikan anda dan keluarga selamat sepanjang perjalanan.

Menampilkan sistem pacuan empat roda Terrain Command Isuzu yang pintar, versi 4×4 menggunakan satu dial rotari yang diletakkan berhampiran tombol gear bagi membolehkan pemandu menukar mode pemanduan di antara  2WD dan 4WD dengan pantas dan selamat berdasarkan kepada kondisi jalan raya. Ini boleh dibuat pada kelajuan sehingga 100km/j, sekali gus memastikan MU-X kekal stabil dan berkemampuan walaupun di laluan yang mencabar.

SONY DSC

MU-X hadir dalam empat warna menarik iaitu dan sudah boleh didapati di semua bilik pameran Isuzu. Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.isuzu.net.my

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button