Buletin

JAGUAR XE – BERMULA RM340,000

Jaguar Land Rover Malaysia (JLRM) hari ini melancarkan model sedan sports Jaguar XE ke pasaran Malaysia.

Jaguar-XE-mekanika (2)

Pengenalan XE dilihat melengkapkan lagi rangkaian model Jaguar sedia ada iaitu XF dan XJ. Disifatkan sebagai sedan Jaguar yang paling kecil, ringan dan mantap, XE padat dengan pelbagai ciri terbaik.

XE ditawarkan dalam tiga varian iaitu XE Prestige, R-Sport dan S. XE Prestige dikuasakan oleh unit enjin 2.0 liter berkuasa 200PS.

Jaguar-XE-mekanika (7)

Varian R-Sport didatangkan dengan enjin sama tetapi lebih berkuasa iaitu 240PS. Manakala varian S pula dilengkapi enjin 3.0 liter V6 supercharged. Mampu menjana kuasa mencecah 340PS, enjin ini turut digunakan pada model F-TYPE. Semua enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear automatik lapan kelajuan.

Harganya bermula RM340,000 untuk XE Prestige, RM365,000 (R-Sport) dan S ditawarkan pada harga RM580,000 seunit.

Jaguar-XE-mekanika (9)

Berpacuan roda belakang, XE dibina di atas kerangka monokok aluminium intensif. Dinamik pemanduannya ditingkatkan lagi menerusi penggunaan suspensi double wishbone di hadapan dan gandar belakang jenis Integral Link.

XE merupakan model pertama yang dibina menggunakan seni bina modular baharu. Ia iuga menjadi model Jaguar paling aerodinamik dengan pekali seretan cuma 0.26.

 

Jaguar-XE-mekanika (12)

Ruang kabin XE tampil mewah dengan sistem kawalan InControl Touch bersama skrin sentuh bersaiz lapan inci. Bagi menawarkan pengalaman mendengar muzik yang terbaik, jentera ini dilengkapi sistem bunyi Meridian bersama enam unit pembesar suara.

XE hadir bersama jaminan selama lima tahun atau perbatuan sejauh 150,000km dan bantuan tepi jalan selama tiga tahun.

Jaguar-XE-mekanika (11)

Pemilik XE Prestige dan XE S juga ditawarkan dengan pakej penyelenggaraan  berjadual secara percuma selama lima tahun atau 80,000km.

Sementara varian S hadir bersama pakej penyelenggaraan percuma selama lima tahun atau perbatuan sejauh 65,000km (mana-mana tiba dahulu).

Jaguar-XE-mekanika (10)

Bagi meraikan ketibaan model baharu ini, semua varian XE didatangkan dengan pakej aksesori eksklusif bernilai RM10,000.

Jaguar-XE-mekanika (3)

Pakej itu merangkumi plat sisi dengan nyalaan lampu berwarna biru, tombol pemilih gear premium, paddle shift aluminium dan empat pilihan valve caps. Ia sah untuk dalam jumlah dan tempoh terhad.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button