BuletinMotosikal

JAGUH WORLD SBK JONATHAN REA SEBENARNYA TIADA LESEN MOTOR PUN. ANEH KAN?

World Superbike Championship (WSBK) atau Kejohanan Superbike Dunia adalah perlumbaan yang mempunyai pengikutnya tersendiri. Menggunakan motor produksi sama yang dijual di kedai, WSBK adalah tentang skill dan keupayaan motosikal yang paling ulung dari segi produksi. Nama-nama seperti Colin Edwards dan Troy Bayliss sudah tentu tidak asing di kalangan WSBK.

Tetapi yang paling tak boleh lupa sudah tentulah ialah Ducati. Pada awal tahun 2000 dulu, pernah WSBK ni orang panggil “Ducati Cup”. Manakan tidak, asyik dia je menang. Ducati 999 tu pernah menang 20 dari 24 pusingan dalam satu musim.

Tapi itu dululah. Sekarang pasukan yang digeruni sudah tentu Kawasaki dengan banyak pusingan memang dia tapau habis.

BACA: HAYDEN MENINGGAL DIREMPUH KERETA KETIKA BERBASIKAL

Jika MotoGP pasukan Yamaha ada Valentino Rossi, pasukan WSBK Kawasaki ada Jonathan Rea.

Rea adalah sangat dihormati dalam perlumbaan WSBK. Beliau juga menjadi individu penting dalam pembangunan jentera ZX-10 kerana input beliaulah membolehkan ZX-10 hari ini jadi sebuah superbike yang nampak sopan tapi ya ampun laju dan sedap.

Tetapi ada satu sisi lain yang ramai orang tak tahu. Jonathan Rea sebenarnya tak ada lesen motor pun.

Bercakap dalam satu temuramah dengan MOTOFIRE Rea memeritahu beliau bahawa motosikal pertamanya ialah Italjet 50. Beliau memiliki KX450, CB500 cafe racer dan sedang memulihkan Z750.

Rea sedang memohon lesen motor dan dalam proses mempelajari bahagian teori. Beliau akui, berminat untuk menunggang di atas jalan raya dan tak sabar untuk menduduki peperiksaan lesen hujung tahun ini.

Nampak.

King pun tak ada lesen motor. siot!

SUMBER MOTOFIRE

Google ads
Back to top button