Buletin

JAMINAN C3 TAYAR TRAK CONTINENTAL

Pengeluar tayar antarabangsa dan pengedar automotif, Continental kini menawarkan jaminan ke atas semua produk terkininya menerusi  ContiCasing Warranty (C3).

continental (1)

Jaminan itu memberikan pelanggan tayar trak dengan  waranti yang bertahan sehingga tiga jangka hayat. Pertama ialah jaminan tayar baharu dan baki dua jangka hayat lagi ialah tayar celup.

Ini bermakna tayar trak baharu boleh bertahan sehingga enam tahun apabila diganti dengan tayar celup daripada Continental atau rakan perniagaan ContiLifeCycle.

“Tidak ada lagi pendekatan terbaik untuk mengetengahkan produk kami selain menawarkan jaminan C3 sebagai janji ketahanan dan jangka hayat lebih lama,” kata Pengarah Urusan Continental Tyre Malaysia,  Cameron Wilson.

continental (4)

Sekiranya tayar baru memerlukan pelarasan harga, Continental akan menyediakan penggantian konsesi (tertakluk kepada syarat-syarat perjanjian).

Tayar celup pertama yang juga jangka hayat kedua tayar akan diselaraskan sebanyak 60% daripada harga tayar baru. Celupan tayar kali kedua pula yang mana jangka hayat ketiga tayar akan diselaraskan 15% daripada harga tayar baru.

continental (1)

Semua pelarasan dilakukan oleh Continental (bergantung kepada terma dan syarat). Di bawah waranti C3, semua tayar celup perlu melalui proses celupan ContiTread atau TechnoTread daripada Continental dan rakan kongsi ContiLifeCycle.

Waranti C3 pada masa ini hanya boleh diguna pakai pada jenama Continental dan General Tire tayar trak radial berdiamater 19.5 inci ke atas.

continental (3)

Tayar trak berkenaan juga mesti digunakan untuk tujuan komersial sahaja.

Di bawah ialah barisan produk yang layak mendapatkan jaminan C3:

Saiz Pattern Jenama Tarikh Keluaran
11R22.5 HS Hybrid Continental DOT0316
HDR2+ Continental
CUA3 Continental
CHT3 Continental
275/70R22.5 CUA3 Continental Akan dilancarkan  2016
295/80R22.5 HD Hybrid Continental DOT0316
HDR2+ Continental
RA General
RD General
CHS3 Continental
315/80R22.5 HS Hybrid Continental
HDR2+ Continental akan dilancarkan  2016

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button