Buletin

JAMINAN PERLINDUNGAN DENGAN PEUGEOT PROTECT

Pengedar rasmi kenderaan Peugeot di Malaysia, Nasim Sdn. Bhd. (Nasim) memperkenalkan satu inisiatif baharu untuk meningkatkan pengalaman pemilikan para pelanggannya.

Peugeot-Protect-mekanika (1)

Eksklusif kepada semua pemilik kenderaan baharu Peugeot, Peugeot Protect merupakan pelan perlindungan selama lima tahun. Apabila kenderaan mengalami ‘total lost’ akibat kecurian, kemalangan, terbakar, banjir atau bencana alam, polisi insurans biasanya tidak akan melindungi harga pembelian asal sesebuah kereta. Pastinya jurang nilai ini memberi kesan besar kepada kewangan pemiliknya.

Jadi, Peugeot Protect direka untuk menangani isu tersebut. Ini kerana ia akan melindungi perbezaan nilai di antara harga pembelian dan penurunan nilai yang ditawarkan oleh polisi insurans.

peugeot-5008-RM159,888-mekanika (8)

Ini bermakna, walaupun kereta ‘total lost’, pelanggan tidak perlu menanggung beban membayar tunggakan nilai kenderaan tersebut. Sebaliknya, mereka boleh menggantikan kereta tersebut dengan model Peugeot yang baru dan meneruskan hidup seperti biasa.

Pada peringkat pengenalan ini, pelanggan yang membeli model-model 3008 SUV, 5008 MPV dan 508 baharu mulai 1Julai gingga 31 Julai 2015 layak menerima pelan Peugeot Protect secara percuma.

Peugeot-3008-mekanika

Nasim juga akan membayar kos premium sepanjang tempoh promosi ini. Peugeot Protect disokong oleh Axa dan Affin Bank.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button