JAZZ DAN CITY SPORT HYBRID i-DCD CATAT TEMPAHAN 1,200 UNIT DALAM MASA 2 BULAN SAHAJA

SHARE

Honda Malaysia hari ini mengumumkan bahawa Jazz Sport Hybrid i-DCD dan City Sport Hybrid i-DCD sudah merekodkan tempahan sebanyak 1,200 unit sehingga 30 September 2017.

Ini bermakna, Honda Malaysia berjaya mencatat sasaran jualan untuk tiga blan dalam masa dua bulan sahaja. Tempahan kedua-dua model hibrid itu mula dibuka pada dua bulan lalu, dengan sasaran jualan 150 dan 250 unit sebulan.

Sehingga kini, Honda Malaysia telah berjaya menjual 500 unit City Sport Hybrid i-DCD (61 peratus) dan 330 unit Jazz Sport Hybrid i-DCD.

Angka jualan iu membolehkan Honda Malaysia menguasai kembali perkongsian pasaran segmen hibird yang berharga RM200,000 sejak dua bulan lalu. Model tersebut dilihat popupar dalam kalangan pengguna di wilayah Tengah dengan tempahan sebanyak 53 peratus.

Permintaan yang memberangsangkan itu disumbang oleh kualiti pemanduan sporty, tanpa mengabaikan aspek penjimatan bahan api dan ruang dalaman luas. Walaupun mencatat tempahan yang tinggi, Honda Malaysia memberi jaminan tempoh menunggu masih di antara satu hingga dua bulan.

Kedua-dua jentera itu dipacu oleh enjin 1.5L DOHC i-VTEC baharu yang dipadankan dengan transmisi klac berkembar (DCT) tujuh kelajuan. Enjin dan Integrated High Power Motor membolehkan kuasa 137PS dan tork setinggi 170Nm yang bersamaan dengan kuasa enjin 1.8 liter NA dihasilkan. 

Maklumat lanjut mengenai Jazz Hybrid dan New City Hybrid, sila kunjungi mana-mana bilik pameran Honda di seluruh negara, hubungi tol percuma Honda di talian 1-800-88-2020 atau layari laman web:  www.honda.com.my.

Share this post

scroll to top