Buletin

JEEP WRANGLER TERBARU MASIH MAMPU MELAWAN T-REX SEPERTI MODEL TERDAHULU (+VIDEO)

Rasanya semua pembaca yang berusia 40-an akan mengingati saat ikonik dalam dunia perfileman di mana Jeep Wrangler melarikan diri dari kejaran dinasour ganas (T-Rex) dalam filem Jurassic Park keluaran tahun 1993. Kini Jeep ingin mengulang kembali adegan tersebut untuk mempromosikan Wrangler terbaru mereka.

Iklan terbaru Wrangler ini dihasilkan sempena menyambut sekual terbaru Jurassic World: Fallen Kingdom yang bakal ditayangkan pertengahan tahun ini. Filem ini masih mengekalkan Jeff Goldblum sebagai watak utama yang memegang karektor Dr. Ian Malcolm dan turut menampilkan adegan kejar-mengejar dengan T-Rex. Macam la takde binatang lain kan?

Video iklan ini dimulakan dengan flashback adegan terdahulu dari filem asal menggunakan Wrangler Sahara dan menampilkan T-Rex yang mengejar semakin laju sehingga berada di samping Jeep Wrangler yang dipandu oleh Goldblum.

Bezanya kini beliau memandu Wrangler Rubicon yang lengkap dengan fungsi Blindspot Alert yang diaktifkan sewaktu T-Rex berada dalam kedudukan blindspot. Wrangler baru ini juga sehebat model terdahulu kerana berjaya mengelakkan diri dari kejaran sang T-Rex sebelum Goldblum melepaskan pendikit dan memberikan ruang untuk T-Rex memotong dan menggantikan tempat T-Rex untuk mengejar dari belakang.

BACA: JEEP WRANGLER G PATTON TOMAHAWK 6X6

Kemunculan video ini juga mungkin bermakna mereka akan mengambil kembali posisi sebagai kenderaan rasmi dalam sekuel kelima filem Jurassic World yang sebelum ini diambil oleh Mercedes-Benz dengan SUV mereka. Kira comeback la jugak ni.

Kembalinya Jeep ke francis filem Jurassic World juga mengimbau kembali nostalgia menonton filem Jurassic Park pertama untuk mereka yang pernah mengalaminya. Pak Amid dulu tengok dekat panggung Rex Kuala Lumpur. Eh sekarang ada lagi ke orang tengok wayang? Ke korang sibuk main wicet je siang malam?

 

Google ads
Back to top button