Buletin

JENTERA ELEKTRIK PERTAMA ASTON MARTIN RapidE – BAKAL MULA DIPRODUKSI PADA 2019

Selepas kurang dua tahun didedahkan sebagai model konsep, Aston Martin hari ini mengesahkan bahawa model elektrik RapidE akan memasuki produksi pada tahun 2019.

Dihadkan kepada 155 unit sahaja, RapidE merupakan jentera elektrik pertama Aston Martin. Pengumuman yang dibuat oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Aston Martin, Dr Andy Palmer itu nyata mempercepatkan lagi strategi produk EV pengeluar kenderaan mewah tersebut.

RapidE menyaksikan kolaborasi dengan firma Williams Advanced Engineering yang turut terlibat dalam membangunkan RapidE Concept. Berpangkalan di Grove, Oxfordshire, England, Williams Advanced Engineering akan membantu Aston Martin dari segi integrasi kejuruteraan yang kompleks.

Dibina berasaskan kepada model konsep Rapide AMR, RapidE menampilkan gayaan kereta sports empat pintu. Ia dikuasakan dengan rangkaian kuasa elektrik sepenuhnya, sekali gus menggantikan enjin V12 liter yang dipasang pada Rapide S.

“Jentera Aston Martin dengan enjin berkuasa tinggi bagaipun akan tetap diteruskan. RapidE membktikan visi dan keupayaan Aston Martin dalam menangani perubahan radikal dalam dunia pemotoran,” kata Palmer.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button