JENTERA PERANG BUKAN ROTARY DARI MAZDA YANG BERBALOI DIMILIKI

SHARE
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Mazda. Umum mengetahui Mazda merupakan syarikat pembuat kereta dari Jepun dan dikenali dengan model flagshipnya iaitu RX7. Mazda dan rotary engine tak dapat dipisahkan. Tapi tahukah anda bahawa Mazdaspeed iaitu satu in-house performance division ada mengeluarkan model Mazda 3 MPS ? Ianya berkuasa dan bukan menggunakan rotary engine. 

Sedikit trivia berkenaan kenderaan ini :-
 
– Dilahirkan pada tahun 2010
– Mempunyai enjin bersesaran 2,260cc(2.3L) yang mampu menghamburkan kuasa sebanyak 263hp dan 380Nm Torque.
– Alumunium Engine Block
– Alumunium Cylinder Head
– Direct Injection
– Compression Ratio : 9:5:1
– Turbo BorgWarner KKK K0422-882
– Top Mount Intercooler
– Direka oleh Mr. Kunihiko Kurisu.
– Kod Chassis dikenali sebagai BL
– Sistem Transmisi kenderaan menggunakan sistem manual 6-kelajuan.
– LSD
– Produksi tamat pada tahun 2013.
MAZDA3 MASCONI
 
Termasuk dalam kategori hot-hatch, dengan tag harga RM175,000 (baru) sebelum insurans boleh dikatakan berpatutan berbanding dengan pesaingnya pada ketika itu.
 
Mungkin ada yang skeptikal dengan jenama Jepun dalam membangunkan segmen hot-hatch tetapi cubalah dulu. Sekarang harganya sekitar RM75,000 – RM120,000. Tak turun banyak beb harga dia. Laju ke kereta ni? Laju. Berani tak berani je nak tekan.
 
Cukup bab trivia, sekarang kita masuk bab penjagaan(Maintenance)
MAZDA3 MASCONI
 
SERVIS
 
Engine Oil Service Package
Kapasiti minyak engine bagi kenderaan ini berjumlah 5.7Liter. Kelikatan minyak yang digunakan adalah 5W-30 Fully Synthetic. Harga dalam lingkungan RM500. Kalau minyak bergred tinggi seperti Motul 300V kosnya lebih mahal.
 
Transmission Service Package
Sistem Manual. Jadi, takdelah renyah sangat. Pakai minyak 75w-90. Kosnya adalah dalam lingkungan RM200-RM400.
 
COMMON WEAR & TEAR PARTS
 
Kereta akan tetap jadi kereta. Walau mahal macam mana pun, bila ada komponen bergerak maka akan adalah “wear & tear”.
 
Baiklah, kita mulakan.
 
Front Brake Pad
Kos untuk penukaran pad brek bagi kenderaan ini adalah dalam lingkungan RM600
 
Rear Brake Pad
Kos untuk penukaran pad brek bagi kenderaan ini adalah dalam lingkungan RM500
 
Brake Disc/Rotor
Brake Disc/Rotor kenderaan ini bersaiz 320mm di depan dan 280mm di belakang. Harganya pula sekitar :-
Depan – RM920 sepasang
Belakang – RM620 sepasang
MAZDA3 MASCONI
 
Clutch
Kereta inj menggunakan transmisi manual 6-kelajuan. Jadi ia mempunyai unit klac yang menghubungkan kuasa dari enjin ke sistem transmisi lalu ke tayar. Dan klac adalah satu benda yang akan habis. Kos untuk menukar klac set adalah dalam lingkungan RM2,400.
 
Air Filter
Air Filter atau nama melayunya penapis udara.  Unit ini memang biasa ditukar atau dibersihkan setiap kali servis. Tetapi, sekarang banyak jenama aftermarket yang mengeluarkan kit untuk kenderaan ini. Terpulang kepada pemilik. Jika air filter tulen, harganya dalam lingkungan RM130
 
Aircond Filter
Aircond Filter/Cabin Filter merupakan penapis udara yang terletak di dalam cabin. Fuungsinya adalah untuk menapis habuk dan bau yang datang dari luar. Jika ada bau yang tidak menyenangkan ketika memandu. Cuba cek bahagian ini dulu. Bagi kenderaan ini, harganya dalam lingkungan RM130.
 
Spark Plug
Enjin 4 silinder, jadi cuma ada 4 spark plug. Cuma layout ‘top-mount intercooler’ membuatkan kerja sedikit renyah. Jadi, penilik harus faham kenapa upah untuk menukar spark plug bagi kenderaan yang mempunyai ‘top-mount intercooler’ sedikit mahal dari kenderaan biasa. Harganya dalam lingkungan RM380.
 
Ignition Coil
Sama seperti Spark Plug, kerjanya agak renyah kerana kedudukan intercooler. Cuma, ignition coil takdelah perlu ditukar kerap seperti spark plug. Harga bagi setiap unti ignition coil adalah dalam lingkungan RM260.
 
Starter
Unit Starter Motor kenderaan ini jika rosak akan mendatangkan kerugian sekitar RM1,300.
 
Wheel Speed Sensor
Dari kereta biasa hinggalah kereta eksotik, tak dapat lari daripada masalah wheel speed sensor rosak. Kosnya adalah dalam lingkungan RM150 seunit.
 
Absorber
Umum mengetahui bahawa absorber juga diklasifikasikan sebagai barang “wear & tear”. Jadi, jika sudah sampai masanya ianya perlu ditukar. Namun, bagi kenderaan ini, banyak pilihan dari pengeluar aftermarket. Terpulang juga kepada pemilik untuk memilih yang mana. Jika tulen, harganya sekitar RM490 sebatang.
 
Air-Conditioning Compressor
Jika rosak, kos penukarannya mencecah lingkungan RM1,600.
 
Water Pump
Kebiasaannya bocor air lah di kawasan ini. Kos adalah dalam lingkungan RM540.
 
Alternator
Umum mengetahui fungsi alternator adalah untuk mengecas bateri dan membekalkan kuasa elektrik kepada kenderaan. Jika rosak, kos penukarannya adalah lingkungan RM800
 
Tayar
Tayar bagi Mazda 3 MPS ini ini adalah bersaiz 225/40R18 bagi depan dan belakang. Harga ? Cari sendiri. Haha
 
Belting Set
Benda yang paling amat dan perlu tukar bila sampai masanya. Kos dalam lingkungan RM230 termasuk upah.
 
Kesimpulannya, kos untuk menjaga kenderaan ini tidaklah mahal mana. Cuma masalah “parts availability” itu kadangkala menggusarkan pemilik. Namun, kereta ini agak seronok dipandu. Cuma satu je masalah. Dia punya “torque steer” fuhh. Kena yang bawah cepat panik, boost masuk memang menyasar sampai ke bulan.
 
Jadi, ini adalah sedikit sebanyak perkara yang saya boleh kongsikan kepada tuan tuan dan puan puan sekalian.
 
Nasihat saya, sebelum membeli kenderaan terpakai, buatlah dulu Pre-Purchase Inspection tak kira apa jenis kenderaan pun. Ini untuk mengelakkan tuan-tuan melaburkan lebih banyak duit kepada perkara yang tidak perlu dikemudian hari.
 
Jika mahukan maklumat lebih lanjut atau khidmat nasihat, boleh datang ke MB Performance Pte Ltd di Singapura dengan pengerasnya Teh O Ais ikat tepi. Ataupun boleh hubungi saya di nombor tertera di bawah. Saya sedia berkongsi maklumat dengan anda semua.
 
Sekian, Terima Kasih.
Mohamad Yazid Bin Zaidi
Technical Advisor
MB Performance Pte Ltd
+60127879593 | +6586994888

Share this post

scroll to top