Buletin

JUALAN ½ TAHUN PERODUA NAIK 4%

Perodua merekodkan jualan sebanyak 96,000 unit kenderaan, naik empat peratus berbanding 92,000 buah berbanding tempoh sama tahun lalu. Kenaikan itu banyak disumbang oleh pengenalan model S-Series pada Mac lalu. 

Angka itu menunjukkan bahawa Perodua kini berada dalam landasan yang betul untuk mencapai sasaran menjual 194,000 unit kenderaannya pada tahun ini.

HFZ_7839

“Berdasarkan kepada anggaran volum industri keseluruhan (TIV) kami iaitu sebanyak 312,000 kenderaan untuk enam bulan pertama tahun ini, kami percaya perkongsian pasaran Perodua kini berada pada tahap 31 peratus,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh pada sidang akhbar bagi membentangkan prestasi separuh pertama Perodua baru-baru ini.

Dari segi pengeluaran, Perodua telah menghasilkan sebanyak 102,000 unit kenderaan setakat hujung bulan Jun  lalu. Ia berharap dapat mengeluarkan sebanyak  206,700 unit lagi menjelang akhir tahun ini.

VIVA

Biarpun begitu, jualan kenderaan Perodua dilihat menurun sebanyak 3.7 peratus kepada 15,800 unit pada Jun berbanding tempoh sama pada tahun 2012. Ini berlaku berikutan timbul spekulasi harga kereta akan turun dan orang ramai mengambil pendekatan tunggu dan lihat.

Menyentuh mengenai varian S-Series, Perodua mencatatkan tempahan sebanyak 51,700 unit dan telah menyerahkan 37,700 unit kereta kepada pelanggannya.

Rear Spoiler

Walaupun mengakui bahawa separuh kedua tahun ini lebih mencabar kerana semakin banyak model baharu bakal diperkenalkan, Aminar menyatakan pihaknya yakin bahawa varian S-Series kekal popular.

Varian S-Series dilihat berbaloi untuk dimiliki kerana ia menawarkan nilai di antara RM4,500 hingga RM5,600 yang merangkumi peningkatan ciri keselamatan, servis percuma selama tiga tahun dan aksesori tambahan.

MYVI_Orange High Res

Justeru, Perodua akan meneruskan strategi pemasaran agresif dan mengambil kelebihan atas populariti varian S-Series untuk mengekalkan momentum jualannya.

Menyentuh tentang perniagaan selepas jualan pula, pengeluar kereta kompak itu menyaksikan sebanyak 924,000 unit mengunjungi pusat penyelenggaraannya untuk enam bulan pertama tahun ini, naik tiga peratus daripada 896,000 unit berbanding  tempoh sama pada tahun lalu.

EMY_0709

Perodua turut mencatatkan peningkatan keuntungan sebanyak 40.2 peratus kepada RM157.8 juta daripada RM112.6 dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini untuk perniagaan alat ganti dan aksesorinya.

EMY_0672

Selepas sidang media tersebut, Perodua menjemput penghuni Persatuan Kebajikan Rumah Perlindungan Teratak Nur Insan (NURI) untuk berbuka puasa bersama-sama dan memberi duit raya kepada mereka.

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button