Buletin

JUALAN FORD RANGER NAIK 19% SEPANJANG TAHUN 2018

Permintaan kukuh ke atas trak pikap Ford Ranger telah mendorong prestasi jualannya bagi tahun 2018 naik sebanyak 19 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Ranger juga mengukuhkan lagi penguasaan dalam segmen trak pikap untuk tahun 2018 kepada 15 peratus, naik 1.4 peratus dari tahun 2017.

Ranger mengakhiri tahun 2018 di tangga kedua dalam carta jualan trak pikap paling laris di Malaysia. Trak pikap yang versatil itu ditawarkan dalam sembilan varian, terdiri daripada Ranger Raptor, Wildtrak, XLT+, XLT dan XL.

“Kami yakin momentum jualan Ranger akan berterusan tahun ini. SDAC juga akan terus meningkatkan lagi mutu khidmat pelanggan,” kata Pengarah Urusan Sime Darby Auto Connexion (SDAC), Syed Ahmad Muzri Syed Faiz.

Tahun lalu, Ford dan SDAC mengumumkan pembukaan dan naik taraf dua wakil penjual Ford, iaitu Sime Darby Auto Connexion (Kuching) dan Sime Darby Auto Connexion (Kota Kinabalu).

Google ads
Back to top button