JUALAN FORD TERUS KUKUH

slider-dlm-120.jpg

Tidak dapat dinafikan bahawa kelibat kenderaan jenama Ford di atas jalan raya semakin mudah dilihat berbanding sepuluh atau 15 tahun lalu. Ford sudah menjadi antara jenama alternatif untuk pengguna yang mahukan jentera berteknologi maju dan memiliki reka bentuk menarik. 

Situasi itu nyata selari dengan pengumuman keputusan jualan suku pertama tahunan Ford Malaysia baru-baru ini. Ford Malaysia menyatakan permintaan terhadap model-model popular seperti Ford Fiesta, Ford Focus dan Ford Ranger serba baharu telah mendorong jualan runcit mencecah 2,600 unit pada suku pertama tahun ini.

New Ford Focus

Angka tersebut mewakili peningkatan sebanyak 57 peratus berbanding tahun sebelumnya. Sekali gus membuktikan momentum jualan Ford yang kukuh dari tahun 2012 diteruskan pada tahun 2013.

“Kami bangga dengan pertumbuhan jualan yang kukuh di Malaysia. Kami juga teruja mengenai apa yang akan berlaku nanti. Rangkaian kenderaan kami di negara ini mewakili model-model terbaik yang ditawarkan oleh Ford. Ia fokus kepada  prestasi mengagumkan, teknologi pintar yang impresif dan gaya menawan.

69359for

“Justeru, kami menjangkakan pelanggan di Malaysia akan terus memberi maklum balas positif. Kami benar-benar komited untuk membina rangkaian produk di Malaysia. Di samping membawa produk-produk One Ford dan perkhidmatan bertaraf dunia ke negara ini untuk jangka masa panjang,” kata Pengurus Serantau, Asia Pasifik, Operasi Eksport & Pertumbuhan Ford, David Westerman.

Bermula dengan pelancaran Ranger, Focus dan Focus ST serba baharu pada tahun lalu, Ford kini berada di landasan terbaik untuk memperkenalkan lapan produk baharu atau yang ditambah baik ke pasaran Malaysia hingga tahun 2014. 

SONY DSC

Semua produk baharu atau yang ditambah baik itu bakal menampilkan lapan rangkaian kuasa baru ke pasaran tempatan. Ini termasuklah teknologi EcoBoost dan diesel termaju yang telah dirintis di Eropah. Ford Malaysia juga bakal memperkenalkan SUV kompak Ford Kuga serba baharu pada suku kedua tahun ini.

Galeri

Fiesta Zetec ECOnetic front 2011 (UK)67009for-dFord Fiesta is the UK best seller in August70027for70167for677443-a-forFocus ST-19Focus ST-21New Ford Focus STNew Ford Focus STFPRB_FeelDiff_4C_VtHt_R02 

The following two tabs change content below.

admin

mekanika.com.my ditubuhkan pada Disember 2012 untuk mengisi vakum yang wujud dari aspek pemberitaan berkaitan industri #automotif tempatan dan global secara dalam talian yang mengangkat bahasa Malaysia sebagai medium penyampaiannya.

Latest posts by admin (see all)

Share this post