JUALAN GUDANG AKHIR TAHUN PERODUA!

SHARE

Masih belum jumpa alat ganti untuk  kereta Perodua anda dan mahukan penjimatan berganda?  

jualan-gudang-perodua-2015-mekanika (1)

Jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi jualan gudang Perodua yang akan berlangsung pada hari esok dan lusa (5-6 Disember 2016). Jualan akan bermula pada pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Mitsubishi YE-Triton-Mrec-Desktop

Bertempat di gudang alat ganti bersebelahan ibu pejabat Perodua di Sungai Choh, Rawang, jualan gudang akhir tahun ini sememangnya ditunggu-tunggu oleh pelanggan Perodua.

jualan-gudang-perodua-2015-mekanika (2)

Diskaun sebanyak 30 hingga 70 peratus akan diberikan kepada alat-alat ganti tulen. Antaranya termasuklah rotor cakera brek, pad brek, penggilap cermin dan banyak lagi.

Bagi  mereka yang ingin membeli aksesori, barangan seperti bateri MF, penapis udara kabin dan  palam pencucuh Iridium ditawarkan pada potongan harga 30 hingga 40 peratus.

jualan-gudang-perodua-2015-mekanika (3)

Alat-alat ganti seperti tali sawat pemasaan dan penyerap hentak diberi potongan sehingga 40 peratus. Pakej minyak (minyak pelincir, gasket dan banyak lagi) boleh anda beli dengan diskaun 10-20 peratus.

Kepada sesiapa yang mahukan barangan eksklusif Perodua seperti jaket GearUp, rantai kunci dan sebagainya ditawarkan dengan diskaun sebanyak 10-20 peratus.

Tunggu apa lagi. Pastikan anda datang awal ke jualan gudang akhir tahun Perodua ini. Kalau lambat, habis pula nanti.

Share this post

scroll to top