Buletin

JUALAN HONDA CR-Z DI AUSTRALIA DIHENTIKAN

Honda Australia mengumumkan bahawa ia tidak lagi menjual model sporty hibrid, Honda CR-Z. 

Honda-CR-Z-Australia-mekanika (2)

Keputusan itu dibuat berikutan jumlah jualan yang langsung tidak memberangsangkan. Pada tahun 2013, hanya 58 unit CR-Z terjual. Manakala pada tahun 2014, cuma 86 unit CR-Z dibeli oleh pelanggan.

Dengan perkembangan itu, Honda Australia juga dikatakan bakal mengeluarkan model Civic Hybrid daripada rangkaian tawarannya.   

Honda-CR-Z-Australia-mekanika (5)

Biarpun memiliki reka bentuk yang sporty, berteknologi canggih dan tiada saingan secara langsung, CR-Z dilihat gagal untuk menarik perhatian pembeli. Tahun lalu, pihak Honda di Eropah dan United Kingdom turut mengeluarkan model tersebut daripada bilik pameran masing-masing.

Honda-CR-Z-Australia-mekanika (3)

Pastinya, para peminat Honda di Australia kecewa dengan perkembangan terbaharu ini. Apatah lagi CR-Z ialah satu-satunya model sports yang ditawarkan di sana. Namun, mujur juga Honda Australia akan memperkenalkan Honda NSX serba baharu dalam tempoh satu datau dua tahun lagi.

Honda Australia juga merancang untuk memperkenalkan model yang dilengkapi enjin-enjin VTEC turbocharged dan Civic Type-R baharu pada masa akan datang.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button