Buletin

JUALAN ISUZU D-MAX MENINGKAT PADA SEPARUH PERTAMA 2016

Permintaan terhadap trak pikap Isuzu D-Max dilihat meningkat dalam tempoh enam bulan pertama 2016.

Isuzu-D-Max-V-Cross-mekanika (19)

Jualan Isuzu D-Max meningkat kepada 3,069 unit, bertambah sebanyak 10.6 peratus berbanding tempoh sama pada tahun 2015. Perkongsian pasarannya juga meningkat sebanyak 3.4 peratus untuk mencatat penguasaan 14.7 peratus dalam segmen trak pikap.

Ketika mengumumkan keputusan ini, Pengarah Eksekutif Isuzu Malaysia, Hajime Machimura memberitahu permintaan tinggi terhadap D-Max kekal konsisten. Biarpun di sebalik corak pasaran dan sentimen pengguna yang kurang memberangsangkan.

ISUZU TERUS JADI PENAJA UTAMA BORNEO SAFARI

Isuzu D-Max sememangnya terbukti menjadi salah sebuah trak pikap yang paling lasak dan menjimatkan bahan bakar di pasaran. Ia diuji di tengah-tengah belantara Sabah beberapa kali sejak bertahun-tahun lamanya menerusi cabaran off-road Borneo Safari. D-Max juga kekal menjadi pemegang rekod trofi Anugerah Penjimatan Bahan Bakar Asian Auto sebanyak enam kali berturut-turut.

Berdasarkan kepada momentum jualan semasa Isuzu D-Max dan usaha meningkatkan kepuasan pelanggan oleh syarikat, Isuzu Malaysia yakin bahawa prestasi jualannya pada tahun ini akan lebih baik berbanding jualan sebanyak 6,042 unit yang direkodkan pada tahun 2014. Biarpun Persatuan Automotif Malaysia (MAA) meramalkan angka jualan kenderaan akan merosot.

Isuzu-DMAX-Safari-perfect-livin-mekanika (4)

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai rangkaian kenderaan dan pengedar sah terdekat Isuzu, sila layari laman web: www.isuzu.net.my/home

Google ads
Back to top button