Buletin

JUALAN Q1 PERODUA NAIK 30%

Perodua mengumumkan bahawa jualan untuk suku pertamanya yang berakhir pada 31 Mac lalu melonjak sebanyak 30 peratus kepada 57,200 unit daripada 44,024 unit berbanding tempoh sama tahun lalu.

Perodua-Axia-bermula-RM24,6000-mekanika (4)

Perodua turut mencatat jualan bulanan tertinggi pada Mac dengan 22,500 unit atau perkongsian pasaran sebanyak 34 peratus. .

Prestasi itu dibantu oleh permintaan kukuh terhadap Axia yang telah mengumpul lebih 100,000 tempahan sejak 15 Ogos 2014. Sehingga 31 Mac 2015, Perodua telah menyerahkan lebih 60,000 unit Axia kepada para pelanggannya.

Perodua-Myvi-1.5-mekanika

“Sebanyak 8,4000 unit Myvi juga telah didaftarkan pada Mac. Kami percaya bahawa permintaan yang memberangsangkan ini berlaku kerana orang ramai mahu mendaftarkan kereta mereka sebelum pelaksanaan GST pada 1 April lalu,” Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh.

Dari aspek selepas jualan pula, Perodua menyaksikan peningkatan perolehan sebanyak 14 peratus kepada RM84 juta berbanding RM73 juta pada suku pertama tahun lalu.  

Perodua-Axia-bermula-RM24,6000-mekanika (17)

“Kami tetap optimis untuk mencapai sasaran jualan 208,000 unit pada tahun ini. Selain mencatat perolehan sebanyak RM306 juta daripada operasi penyelenggaraan, minyak pelincir, cat dan badan. Serta RM258.9 juta daripada perniagaan alat ganti da n aksesori,” tambah Aminar.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button