Buletin

KAD PRABAYAR FLEET PETRON

Petron baru-baru ini melancarkan kad prabayar fleet untuk kegunaan pelanggan korporat.

Sesuai untuk syarikat perusahaan kcil dan sederhana (PKS), kad tersebut membolehkan mereka mengurus serta memantau perbelanjaan petrol sehingga lebih tujuh buah kenderaan.

Petron-prepaid-fleet-card-mekanika (3)

Petron menyatakan bahawa kad prabayar fleet adalah salah satu cara pembelian petrol yang paling selamat. Ini kerana urusniaga dilindungi oleh teknologi microchip dan nombor pengenalan peribadi (PIN).

Selain meningkatkan keselamatan pada setiap transaksi, pelanggan boleh menetapkan had minyak atau kredit mereka sendiri. Pelanggan juga boleh memantau akaun minyak secara dalam talian menerusi sistem pengesanan pada masa sebenar.

Petron-prepaid-fleet-card-mekanika (2)

Bagi memberi kemudahan kepada pengguna, kad tersebut boleh digunakan di terminal pam minyak atau kaunter bayaran tertutup di kedai runcit Treats Petron. Pelanggan boleh menambah nilai kad melalui deposit tunai, cek atau pemindahan Interbank Giro dengan amaun minimum RM100.

Pengguna akan diberi mata ganjaran Miles Petron (1 mata untuk setiap RM1). Setakat ini, lebih 1,000 keping kad prabayar fleet telah dikeluarkan oleh Petron.

Petron-prepaid-fleet-card-mekanika (4)

“Misi kami adalah untuk membantu para pemilik perniagaan menguruskan kenderaan mereka dengan lebih baik melalui pembayaran tanpa tunai. Kad prabayar kami mempunyai pelbagai manfaat seperti selamat, mudah, lebih kawalan dan penerimaan mudah di mana-mana terminal pembayaran” kata Ketua Dagangan Runcit Petron, Faridah Ali.

Google ads
Back to top button