BuletinMotosikal

KALASHNIKOV, PEMBUAT RAIFAL AK47 BUAT MOTOR ELEKTRIK UNTUK PIALA DUNIA RUSIA 2018

Pernah dengar tentang raifal AK47? Ia adalah senapang paling lejen dalam bidang ketenteraan. DIgunakan dengan meluas di seluruh dunia khususnya sebelah Timur Tengah. Lasak, ringkas, murah dan boleh beroperasi dalam apa juga keadaan cuaca dan senang cakap, AK47 ni macam Honda Cub, tak kan rosak.

Ia dikeluarkan oleh firma Kalashnikov yang telah berada di pasaran lebih tujuh dekad lamanya. Sama seperti Honda Cub, secara asasnya ia adalah produk yang sama dikeluarkan sejak 1948.

Hebat kan?

Kini, Kalashnikov merupakan firma ketenteraan terbesar di Rusia telah melabur menerusi sayap pembangunanan kenderaan tentera mereka dengan menghasilkan motosikal elektrik. 

BACA: JOHAMER J1, MOTOSIKAL ELEKTRIK MASA DEPAN

Ia dibangunkan menerusi subsidiari syarikat IZH dan motosikal ini telah dipamerkan pada Forum Teknikal Ketenteraan Antarabangsa di Moscow tahun lalu.

Idea motosikal jenis supermoto ini adalah untuk menghasilkan kenderaan dua roda yang menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya. Mereka mengumumkan akan membuat 50 unit motosikal elektrik khusus untuk kegunaan polis Rusia pada acara bolasepak Piala Dunia Rusia 2018.

Model ini dikatakan mampu membuat perjalanan sejauh 150 kilometer dengan sekali cas.

Kenderaan elektrik untuk kenteraan adalah impian setiap jurutera. Masalah yang dihadapi hari ini ialah jarak perjalanannya yang agak pendek dibandingkan dengan enjin petrol/disel. 

Namun, jika jarak penggunaan bateri dapat ditingkatkan, kenderaan elektrik tentera dapat beroperasi dengan lebih praktikal. Ia bukan sahaja kurang penyelenggaraan, malah ia lebih senyap dan hampir tiada bunyi langsung. Sesuai untuk operasi tentera.

Nah. Sila tonton video di bawah.

 

 

 

 

 

 

 

Google ads
Back to top button