Artikel PilihanBuletin

KALAU BETUL INI MITSUBISHI ASX GENERASI BARU, ANDA NAK BELI?

Sama ada kita sedar atau tidak, Mitsubishi sebenarnya sudah lama menawarkan model SUV kompak ke pasaran tempatan melalui model ASX.

Tetapi, sudah lama tidak bermakna akan terus popular. Itulah nasib yang diterima oleh ASX, terutama selepas Honda memperkenalkan HR-V. Habis semua ditapaunya. Belum lagi ura-ura UMW Toyota nak bawa masuk Toyota C-HR hujung tahun depan.

Mitsubishi-ASX-next-gen-mekanika (2)

Jadi, Mitsubishi memang memerlukan jentera yang lebih menyerlah untuk terus bersaing dalam segmen paling sengit ini. Terima lah…. ASX generasi baru ini.

Dengar kata, model yang dibina berasaskan kepada model konsep XR-PHEV II ini sedang giat diuji di Amerika Syarikat bersama model pesaingnya seperti Ford Kuga dan Kia Sportage.  Model baharu itu dijangka melakukan debut pada tahun depan.

Mitsubishi-ASX-next-gen-mekanika (2)

Kalau anda kata model ini kelihatan terlalu konsep, memang ada betulnya. Tetapi, harus tahu juga bahawa model-model produksi sekarang tidak jauh berbeza dengan model konsep mereka. Maka, ada harapan ASX baharu akan tampil seperti ini!

Dari segi rangkaian kuasa, pengguna boleh mengharapkan ASX dijana oleh enjin petrol dan diesel turbo, bergantung kepada pasaran. Ada kemungkinan juga Mitsubishi akan menawarkan varian plug-in hibrid untuk crossover ini.

Mitsubishi-ASX-next-gen-mekanika (1)

ASX bakal menampilkan kualiti kabin yang lebih canggih dan moden. Pengguna juga boleh mengharapkan sistem infotaimen yang terbaik serta rangkaian keselamatan termaju dipasang pada model ini.

Google ads
Back to top button