Buletin

KALAU KENA SAMAN, BAYAR LAH, TAK ADA DISKAUN – PM

Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) baru-baru ini menyiarkan satu klip video yang menampilkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Klip video berdurasi 3 minit 45 saat yang viral di media sosial itu menyaksikan Tun Dr. Mahathir dan Anthony memberikan pandangan serta nasihat kepada pengguna jalan raya yang bakal pulang ke kampung untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Antara yang menarik perhatian Abang Japar ialah tentang adakah kerajaan akan memberi diskaun ke atas saman melanggar peraturan jalan raya.

“Kalau kita kena sama, kita kena bayar lah. Sebab kita kena bayar sebagai satu tekanan ke atas kita supaya selalu ingat, kalau buat kesalahan, maka kita perlu membayar saman.

“Tapi kalau saman boleh diskaun, dia tak jadi amaran kepada kita,” kata Tun Mahathir.

Anthony menegaskan bahawa tujuan kerajaan bukan hendak menyaman atau menyusahkan orang.

Tun Mahathir turut menzahirkan pandangan tentang orang yang berusia 90 tahun tetapi masih ahu memandu. “Sesetengah orang bila dah usia macam umur saya ini, kurang tenaga. Biasanya orang usia 90 tahun tak usah bawa lah,” kata Tun Mahathir sambil tersenyum. 

ikuti video penuh di bawah ini:

Google ads
Back to top button