Buletin

KALAU POLIS JEPUN DAH PAKAI NISSAN GT-R, MANA MAT REMPIT NAK LARI?

Kereta-kereta polis berkuasa tinggi di Jepun bukanlah perkara yang asing. Waktu zaman kebangkitan ekonomi dan industri automotif era 90-an dulu, terdapat banyak model-model sport yang dijadikan sebagai kereta peronda polis di negara matahari terbit itu.

Kereta seperti Nissan Skyline GT-R R34, Honda NSX, Toyota Soarer, Mazda RX-7 dan Mitsubishi 3000GT adalah antara model yang digunakan dengan meluas pada dekad 90-an. Namun, menjelang milenia baru nampaknya kereta pelumba jalanan lebih laju daripada kereta polis.

BACA: INI RAHSIA GT-R YANG BEGITU BERKUASA

Beberapa hari lepas, polis daerah Tochigi telah mendapat kejutan baru. Mereka menerima Nissan GT-R yang disumbangkan oleh Nissan motor khas untuk daerah itu. Ia adalah sebagai simbolik sambutan ulangtahun ke 50 operasi Nissan di Kaminokawa yang terletak di daerah Tochigi dan juga merupakan kilang pengeluaran GT-R.

“Anggota peronda teruja mendengar Nissan GT-R akan menjadi ahli rondaan yang baru,” ujar Masaki Tanaka, komander unit peronda lebuhraya Tochigi.

Majlis penyerahan kunci telah dilakukan oleh Pegawai daerah tempatan dan ironinya, GT-R mana pakai kunci kan. Ye lah. takkan nak bagi replika remote pulak, macam tak kena.

Ini adalah Nissan GT-R pertama di Jepun yang dilantik sebagai polis peronda. Tak dapat disangkal lagi, dengan 565 kuasa kuda, ia boleh mengejar sesiapa sahaja yang cuba menongkah arus undang-undang.

KIranya baru VTEC nak bukak, sekali GT-R dah sampai sebelah.

SUMBER JAPANESE NOSTALGIC CAR

 

Google ads
Back to top button