KAMERA AES MUNGKIN DIPASANG DI JAMBATAN PULAU PINANG

SHARE

Kementerian Pengangkutan hari ini menyatakan bahawa ia kini sedang berbincang dengan pihak Projek Lebuhraya Utara Selatan Bhd (Plus) untuk memasang kamera AES di Jambatan Pulau Pinang dan kamera tambahan di lebuh raya.

Memetik laporan The Star, Plus dikatakan bersetuju untuk menanggung kos pemasangan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di lebuh raya. Cadangan itu sedang dikaji oleh kementerian.

Menterinya, Anthony Loke bagaimanapun memberitahu pihaknya masih belum membuat keputusan tentang perincian seperti di mana lokasi dan berapa kamera AES yan akan dipasang.

New Triton 4Sure Power -MREC – Desktop

Lokasi pemadangan akan ditentukan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS).

“Kamera ini dipasang bukan untuk mengutip saman atau memerangkap pemandu supaya mereka boleh disaman. Tetapi untuk memberi amaran kepada pemandu supaya memperlahankan kenderaan, seterusnya mengurangkan kemalangan,” kata Anthony.

Kamera AES itu akan diurus dan dikendalikan oleh JPJ kerana semua gambar akan dihantar ke JPJ.

Sebelum ini timbul laporan bahawa Plus akan menghantar kertas cadangan untuk memasang kamera pengesan kelajuan disemua lebuh raya kendaliannya, termasuklah Jambatan Pulau Pinang.

Cadangan itu hadir berikutan kematian Moey Yun Peng kerana kereta yang dipandunya terjatuh ke laut selepas dilanggar oleh sebuah Toyota Vios ketika memandu di Jambatan Pulau Pinang.

Share this post

scroll to top