KARAMJIT JUARA PUSINGAN TERAKHIR MRC 2017 DI PERLIS

SHARE

Akhirnya, setelah kecewa dalam beberapa pusingan sebelumnnya dek kerana masalah jentera, Sang Lagenda, Karamjit Singh berjaya mengungguli pusingan terakhir Kejuaraan Rali Malaysia 2017, yang berlangsung di Perlis hujung minggu lalu. Karamjit yang beraksi dengan warna tema dan penaja baharu, VervX Malaysia bersama Proton Gen2 4WD turbo beraksi cemerlang apabila menguasai kesemua sembilan peringkat.

BACA : RODUWAN RASHID JUARA MRC 2017 RALLY OF PERLIS

BACA : GILIRAN HAJI SUHAIMI MENJUARAI RALI PERAK 2017

Sepatutnya Melaka mengambil alih tanggungjawab sebagai lokasi bagi pusingan terakhir  dalam kalendar 2017 ini tetapi terpaksa diadakan semula di Perlis akibat masalah teknikal. Dengan kondisi yang panas dan berdebu, berlumba di Perlis pasti

Karamjit mendahului dengan jurang masa yang agak selesa di hadapan pencabar Muhammad Rafiq Udhaya di tempat kedua bersama jentera Subaru Impreza beliau. Apa yang menarik mengenai kemenangan Karamjit di Harum Manis ini, jentera Gen2 beliau hanya sempat disiapkan pada saat-saat akhir. Mujur rezeki berpihak kepada Karamjit untuk menebus kembali kekecawaan dalam pusingan yang lepas walaupun kondisi jentera beliau sebenarnya masih belum berada pada tahap 100%.

Namun kemenangan ini, secara tidak langsung dapat mengubati sekaligus membuktikan bahawa beliau lagi laju seperti dahulu tanpa mengenal erti apa itu perlahan apabila beraksi di perlumbaan. Dan Karamjit dijangka untuk kembali tampil lebih cemerlang lagi untuk musim 2018 nanti.

Tempat ketiga keseluruhan pula menjadi milik pemandu pasukan DWau One Motorsports, saudara Roduwan Rashid bersama Subaru Impreza. Mujur juga rezeki masih berpihak untuk menaki podium kemenangan sekaligus muncul juara keseluruhan MRC 2017! Sebaris dengan lagenda dah ni.

Tempat keempat keseluruhan menjadi milik pemandu berpengalaman, Haji Sutan Mustafa yang berupaya memberikan tentangan sengit walaupun hanya memandu kereta Proton Satria 1.8 tetapi masih muncul juara bagi kategori 2WD. Hari pertama kedudukan Haji Sutan agak baik, dengan ketinggalalan hanya 23 saat berbanding kedudukan tempat kedua.

Namun akibat sedkit masalah yang melanda pada jentera dan ditambah dengan pemanduan konsisten daripada Roduwan, Haji Sutan akur untuk berada di tempat keempat keseluruhan.

Secara keseluruhannya, sebanyak 24 buah kereta berjaya melintasi tanjakan penamat menandakan berakhirnya musim rali 2017 ini. Boleh dianggap sebagai musim yang agak dramatik apabila setiap pusingan mempunyai pemenang yang berasingan. Ditambah pula dengan kualiti pertandingan dan penganjuran yang diperingkatkan dengan liputan secara langsung melalui FB Live yang dianggap sebagai pembaharuan yang sangat menyeronokkan.

Insya Allah, bersambung pada April tahun hadapan bagi musim 2018.

Kredit Foto : FB Malaysianrally

Share this post

scroll to top