KARNIVAL PERAYAAN MAZDA – UNIT DEMO MAZDA2 DIJUAL PADA HARGA BERMULA RM65K!

SHARE

Bermaz Motor mengumumkan bahawa ia akan mengadakan Karnival Perayaan Mazda bermula 9 hingga 31 Disember 2017.

Apa yang menarik ialah anda boleh menikmai pelbagai tawaran eksklusif, cabutan bertuah dan hadiah serta-merta apabila membeli mana-mana kenderaan Mazda.

Bukan itu sahaja, unit-unit demo Mazda2 dan Mazda CX-5 akan ditawarkan pada harga bermula RM65,000 hingga RM 110,000 seunit.

Para pemilik kenderaan Mazda juga bakal menikmati jaminan selama lima tahun/100,000km serta penyelenggaraan percuma untuk 3 tahun/60,000km. Ini bermakna pelanggan tidak perlu membayar apa-apa dalam tempoh tersebut ketika membuat penyelenggaraan berkala.

Hubungi talian 1-800-22-8080 untuk mengetahui bilik pameran Mazda berhampiran anda.

(Visited 422 times, 269 visits today)

Share this post

scroll to top