Buletin

KARNIVAL PROTON KE MELAKA

Berikutan kejayaan Karnival Jualan Proton yang diadakan pada November lalu di Shah Alam, PROTON Holdings Berhad (Proton) akan menganjurkan acara sama di Melaka International Trade Centre (MITC), Melaka. 

 SONY DSC

Berlangsung selama tiga hari mulai 17 hingga 19 Januari 2014, Proton juga bakal memperkenalkan varian baharu Suprima S di sana!

Sebanyak 80 buah kereta seperti Suprima S, Prevé dan Satria Neo R3 tersedia untuk dipandu uji oleh para pengunjung. Lebih menarik lagi, promosi jualan dengan diskaun untuk model tahun 2013 dalam jumlah terhad turut ditawarkan.

SONY DSC

Diskaun sehingga 60 peratus juga diberikan untuk alat-alat ganti model terpilih seperti Waja, Savvy, Persona, Wira, Inspira dan Saga. Malah ada alat ganti yang cuma berharga RM1!

Bagi mereka yang ingin membeli kereta, pakej pembiayaan istimewa ditawarkan. Ini  termasuklah bayaran bulanan percuma, kadar faedah istimewa dan banyak lagi.  

SONY DSC

Pelbagai aktiviti untuk keluarga, persembahan artis serta pasukan Proton R3 dan Lotus Cars Malaysia pasti memeriahkan lagi karnival ini. Bukan itu sahaja, pengunjung juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik.

SONY DSC

Bagi mereka yang berada di kawasan utara, jangan bimbang kerana Proton akan  mengadakan karnival jualan di Juru Auto-City Pulau Pinang pada 25 hingga 26 Januari 2014.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button