Buletin

KARYA TERBARU HAN DI SEMA, “PROJECT UNDERDOG”- DIHASILKAN PELAJAR SEKOLAH

Jika anda masih ingat dengan projek S30 Fugu Z milik Sung Kang, aktor yang memegang watak “Han” dalam sikuen Fast n Furios, beliau semalam telah mempamerkan projek terbarunya yang digelar “Project Underdog” dalam pameran SEMA di Las Vegas, Amerika Syarikat.

Apa yang lebih unik, projek kereta ini disempurnakan bersama pelajar sekolah tinggi Alhambra di California. Ya. Budak sekolah, sementara itu di Malaysia, budak sekolah banyak duduk di Cyber Cafe dan main motor.

sung-kang-han-ford-maverick-3

Kali ini, keretanya ialah Ford Maverick yang diubahsuai dengan gaya retro moden. Sung Kang memang meminati kereta-kereta lama, klasik dan olskool sebagaimana Datsun Fairlady 240Z sebelum ini.

Rekabentuk kereta ini telah diperbaharui sepenuhnya dengan fender flare lebar, rim baru sebesar talam kenduri kahwin, bumper hadapan belakang dan belakang buatan khas.

sung-kang-han-ford-maverick-4

Bukan itu sahaja, enjin asal kereta ini pun telah dicampak jauh-jauh dan digantikan dengan enjin 2.3 liter Ecoboost 4 selinder dari Ford Mustang baru. Itu menjadikannya kereta Ford Maverick ini berdaya saing dengan kereta-kereta baru. Buat apa kekalkan enjin original kalau tak laju dan susah nak buat restorasi.

Apa yang lebih menarik, sewaktu pembikinan kereta ini, bapa kepada salah seorang pelajar tersebut telah meninggal dunia. Sewaktu ditanya, kematian bapanya mendorong beliau lebih bersemangat untuk meneruskan cabaran hidup dan menjadikan project underdog ini sebagai matlamatnya.

sung-kang-han-ford-maverick-2

Beliau mendapat sokongan moral yang tak berbelah bagi dari kalangan mekanik dan tenaga pengajar yang terlibat secara langsung dalam projek tersebut.

Dalam pameran yang berprestij ini juga, Ford Amerika telah memberi anugerah Corporate Design Award atas usaha yang dibuat untuk proses restorasi-moden kereta lama yang semakin dilupakan.

 

Kredit autoblog

Google ads
Back to top button