KAWASAKI DEDAH NINJA 125 DAN NAKED Z125 – DILANCAR BULAN OKTOBER

SHARE

Pasaran motosikal sports bagi kategori 125cc sememangnya bukanlah pilihan baik bagi pembeli negara kita atau sekitar negara Asia Tenggara. Namun struktur perlesenan di Eropah bagi motosikal pula berbeza dan kategori asas 125cc merupakan pilihan terbaik bagi permulaan penunggang amatur.

Justeru, jenama besar turut melabur dalam pasaran ini dan yang terbaru ialah dari Kawasaki.

Menjelang pelancaran yang dijadualkan pada pameran motosikal Intermot di Jerman pada Oktober ini, Kawasaki Itali telah mengeluarkan video awal Kawasaki Ninja 125 sport dan naked Z125.

Ia disusuli dengan tagline, “The Difficult Choice” dan butiran awal yang didedahkan termasuklah output kuasa sekitar 15 hp.

Berbeza dengan Z125 model semasa yang merupakan model “funbike, Z125 2019 ini merupakan motosikal bersaiz penuh dengan ukuran tayar 100 / 80-17 untuk roda depan dan 130 / 70-17 untuk bahagian belakang.

Satu lagi maklumat yang jelas ialah ketinggian pelanannya kini 785 mm, manakala Z125 mempunyai ketinggian kerusi 815 mm.

Motosikal ini dibina menerusi kerangka tiub trelis yang dikimpal dengan berat bersih keseluruhan pada anggaran 110 kg atau lebih. Lebih menarik ialah paparan instrumentasi penuh LCD yang kelihatan moden.

GALERI

 

Share this post

scroll to top