Artikel PilihanBuletin

KELUARGA STEVE MCQUEEN SAMAN FERRARI KERANA MASALAH….ERR… CAT?

Steve McQueen telah meninggal dunia hampir 40 tahun yang lalu, namun baru-baru ini keluarga pelakon itu telah memfailkan saman kepada Ferrari untuk sesuatu yang benar-benar pelik – kerana masalah cat.

Walaupun Ferrari bukanlah syarikat pertama yang menghadapi tuntutan akibat kualiti kerja cat yang buruk, tapi ia memalukan bagi sebuah pembuat kereta yang terlalu bangga dengan teknik mengecat terhebat di dunia yang mereka miliki.

Kisah ini bermula pada tahun 2016 apabila Ferrari menugaskan Tailor Made untuk membangunkan model khas “70 livery yang diilhami oleh model yang paling ikonik dari Ferrari.”

Model khusus ini dihasil sempena merayakan ulang tahun ke-70 Ferrari dan beberapa model tambahan dengan kerja cat retro yang dipersembahkan pada Paris Motor Show 2016 .

Antaranya ialah F12 berlinetta yang digelar “The Stirling” dan 488 GTB yang dipanggil “The Schumacher.”

BACA: LELAKI INI SAMAN NISSAN KERANA DOMAIN.

Ferrari juga memutuskan untuk memberi penghormatan kepada bintang Bullitt dengan menamakan California T berwarna coklat sebagai “The Steve McQueen.”

Syarikat tersebut merasakan ini adalah penghormatan yang sesuai kerana pelakon yang sebelum ini memiliki Ferrari berwarna coklat.

Mempunyai nama cat yang dinamakan sempena nama mungkin adalah penghormatan terbesar. Ferrari juga percaya ia tidak akan menjadi masalah dan akan memberi imej baik dengan ulang tahun ke-70.

Malangnya, keluarga McQueen merasa berbeza.

Keluarga McQueen memfailkan saman  di mahkamah Los Angeles County pada 30 Julai lepas.

Tuntutan itu mengatakan Chadwick McQueen – anak lelaki Steve – telah bertemu dengan presiden dan pengerusi Ferrari untuk membincangkan edisi terhad Ferrari McQueen pada tahun 2011.

Beliau mengatakan bahawa edisi khas ini boleh membuktikan nama McQueen “dengan syarat dia (Chadwick) dan keluarganya berhak mendapat kelulusan hak dan penglibatan dalam projek itu. ”

Dalam tuntutan undang-undang tersebut McQueen mendakwa mereka “terkejut apabila pada tahun 2017, Ferrari telah, tanpa notis atau kebenaran, mula memasarkan dan menjual edisi khas … Ferrari ‘The McQueen’

Keluarga itu mengadu kepada Ferrari dan mereka dilaporkan bertindak balas dengan menggantikan semula model tersebut sebagai “The Actor.”

Keluarga McQueen dilaporkan menuntut USD2 Juta (RM8 Juta) kepada Ferrari kerana melanggar tanda dagangan berdaftar serta ganti rugi planitif.

 

Google ads
Back to top button