KEMENTERIAN PENGANGKUTAN HARAMKAN LAMPU HID – DENDA RM2K ATAU PENJARA ENAM BULAN!

SHARE

Sama ada sedar atau tidak, kita pasti pernah terjumpa dengan kenderaan yang dipasang dengan lampu HID haram.

Jangan bimbang, ada berita baik buat kita semua. Menurut laporan akhbar berbahasa Cina, Sinchew, Kementerian Pengangkutan dilapor akan mengharamkan penggunaan lampu HID di atas jalan raya tanpa sebarang pengecualian.

Lebih tegas lagi, mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan denda sebanyak RM2,000 atau penjara selama enam bulan.

Penggunaan lampu High-Intensity Discharge (HID) yang dipasang secara aftermarket sememangnya menyusahkan pengguna jalan raya yang lain. Ini kerana lampu tersebut memancarkan cahaya yang jauh lebih cerah berbanding lampu halogen.

Lampu HID berbahaya kepada pengguna jalan raya kerana ia boleh menyilaukan mata dan boleh mengganggu pemanduan. Ia juga dikatakan boleh menyebabkan mata sakit dan menjejaskan retina mata manusia.

Jadi, jika anda sudah memasang lampu HID, sila tukar kepada lampu original sebelum tindakan tegas dikenakan.

Kami harap pengharaman ini hanya melibatkan lampu HID yang dipasang secara aftermarket dan bukannya kenderaan yang dipasang lampu tersebut dari kilang lagi. Nantikan laporan susulan mengenai perkara ini di Mekanika Malaysia.

Share this post

scroll to top