Buletin

KEMPEN BANTUAN NISSAN

Menyedari kesukaran yang terpaksa dihadapi oleh mangsa banjir, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) dan Tan Chong Ekspres Auto Servis (TCEAS) telah mengumumkan Kempen Bantuan Nissan.

Nissan-banjir-mekanika (1)

Kempen itu bertujuan membantu pemilik kenderaan Nissan yang terjejas teruk akibat banjir di seluruh negara terutama di Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Perlis dan Sabah.

Ia menawarkan 25 peratus diskaun ke atas pembelian alat ganti dan kos buruh. Selain khidmat menunda kenderaan percuma sehingga RM150 serta jaminan selama tiga bulan atau 5,000km terhadap penggantian alat ganti pada semua kenderaan yang terjejas.

“Kami menghargai sokongan rakyat Malaysia selama ini. Justeru, ini adalah salah satu cara kami membantu mengurangkan beban para pelanggan. Kami cuba lakukan yang terbaik untuk menyokong mereka yang memerlukannya,” kata Pengarah Pemasaran dan Perancangan Produk ETCM, Tan Keng Meng.

Kempen ini berkuat kuasa serta-merta sehingga 28 Februari 2015. Jadi, mangsa banjir diminta menghantar kenderaan mereka ke pusat servis yang terdekat. Maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Nissan di talian: 1800-88-3838.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button