Buletin

KEMPEN KESELAMATAN JALAN RAYA PERODUA

Perodua dengan kerjasama Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (JKJR) telah menganjurkan kempen keselamatan jalan raya bagi 10,000 kakitangan Perodua dari ibu pejabat dan cawangan-cawangan di seluruh Malaysia.

kempen-raya-perodua-mekanika (1)

Kempen bertemakan “Keselamatan di Tangan Saya” itu bertujuan menyemai kesedaran tentang keselamatan dan tingkah laku yang berbahaya di atas jalan raya.

“Aspek keselamatan adalah amat penting bagi kami. Kami percaya bahawa kesedaran serta didikan merupakan senjata paling berkesan dalam memastikan semua warga kita selamat semasa musim perayaan ini,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif

Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh.

Aspek keselamatan turut merangkumi keselamatan di rumah, terutama sebelum memulakan perjalanan balik kampung. Antara tip yang dikongsi termasuklah memastikan semua suis elektrik dan paip air utama ditutup, memaklumkan kepada jiran dan balai polis berdekatan mengenai tempoh cuti anda.

Aktiviti tanggungjawab korporat itu merupakan sebahagian daripada program-program yang diadakan pada musim perayaan. Perodua juga telah memperuntukkan RM150,000 untuk pelbagai aktiviti kemasyarakatan sempena bulan Ramadan dan Syawal.

Kempen Keselamatan Jalan Raya itu berlangsung selama dua minggu, bermula dari 14 Julai hingga 25 Julai. Ia melibatkan aktiviti-aktiviti seperti taklimat daripada pegawai JKJR, tip-tip keselamatan melalui papan kenyataan serta emel kepada kakitangan Perodua.

Selain kempen itu, Perodua telah memberi sumbangan kepada pelbagai rumah kebajikan, surau-surau serta masjid-masjid di sekitar kawasan Hulu Selangor.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button