KEMPEN POLO GOES ZERO

SHARE

Volkswagen Malaysia kini menawarkan promosi untuk semua model Polo melalui kempen Polo Goes Zero.

SONY DSC

Bermula pada 21 Februari, anda boleh memiliki sebuah Polo dan Polo Sedan tanpa perlu membayar faedah dan pendahuluan. Sementara bayaran bulanan pula cuma RM999 selama tujuh tahun.

Kemuncak kempen Polo Goes Zero ialah satu karnival yang akan diadakan di Bukit Jalil pada 6 hingga 8 Mac 2015. Di sana, para pelanggan berpeluang untuk memandu uji  model Volkswagen pilihan mereka.

polo-goes-zero-campaign-mekanika (1)

Pengunjung juga boleh membuat tempahan dan mengambil bahagian dalam sesi Volkswagen Experience Drive.

“Kempen Polo Goes Zero menunjukkan aspirasi kami untuk membawa rakyat Malaysia lebih dekat kepada jenama ini dan merasai pengalaman memandu kereta kami,” kata Pengarah Pemasaran Volkswagen Malaysia, Martina Berg.

polo-goes-zero-campaign-mekanika (5)

Volkswagen Polo 1.6 dan Polo Sedan berkongsi tiga fungsi utama. Tingkap automatik,  transmisi automatik enam kelajuan dan Intelligent Crash Response System (ICRS). Ia boleh didapati dalam lima warna iaitu putih, merah, kelabu, perak dan hitam.

Polo 1.6 dan Polo Sedan berharga RM 89,888 dan RM 91,888 seunit. Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.volkswagen.com.my  

(Visited 39 times, 1 visits today)

Share this post

scroll to top