Buletin

KERETA BERCALAR DAN PULIH SENDIRI. NAH, INILAH KEHEBATAN KERETA AMERIKA

Benda pertama yang paling kau menyampah ialah nak menjaga keadaan cat kereta. Ada yang sanggup menghabiskan ribuan ringgit membuat lapisan “coating” khas pada badan kereta. Tak kurang juga yang menghantar kereta dikilatkan setiap bulan dan ada juga yang sanggup bina porch kereta di rumah lebih besar dari ruang tamu.

Tak ada kah teknologi yang boleh jadikan kereta ni tahan lama catnya, kalis calar misalnya?

Ada. Tapi kena beli dengan kereta sekali dan ia tak murah. Kereta dalam gambar ni berharga USD159,000 (RM636,000).Tapi sebelum kau tahu nama kereta itu suka untuk Abang Japar beritahu, kami pun baru dengar je nama ni.

Panoz

Ye. Bukan Thanos. Panoz ialah jenama kereta sports kelahiran Amerika. Model pertama Roadster yang digelar Esperante telah bekerjasama dengan sebuah syarikat yang dikenali sebagai Feynlab untuk membangunkan teknologi Pulih-Sendiri (Self-Heal Plus).

Bagaimana teknologi ini berfungsi?

Satu lapisan khas akan diaplikasikan pada permukaan cat semua kereta Panoz selepas ini. Secara ringkasnya, ia boleh menghindarkan calar-calar kecil pada permukaan badan kereta.

Tapi bagaimana?

Lapisan polimer khas yang berupaya mengubah kembali kepada sifat asalnya apabila terdedah pada kepanasan dan menyebabkan calar halus. Ia berfungsi pada “calar halus dan kesan pusaran” dan dijamin akan pulih dengan sendiri. 

Dengan kata lain ia pakej yang manarik pada sebuah kereta yang boleh beli NSX sebijik.

Kalau setakat cat sahaja canggih tapi kereta rupa mentadak mentadu macam ni kau ingat orang peduli keeeeee……

 
 
Google ads
Back to top button