Artikel PilihanBuletin

KERETA ELEKTRIK MUNGKIN JEJASKAN PERNIAGAAN KEDAI SERBANEKA. MACAMANA TU?

Kereta elektrik (EV) adalah satu kemajuan besar dalam industri automotif. Namun kemajuan satu-satu teknologi, pastinya akan menjejaskan industri yang lain.

Lihat sahaja pada penggunaan telefon bimbit dan internet. Kemajuan teknologi digital dan maya ini menyebakan industri percetakan hilang pengaruhnya. 

Ya. Bila kali terakhir kau beli suratkhabar?

Begitu juga dengan EV. Menurut kajian dari pengalisis Morgan STanley yang disiarkan The Washington Post, kereta elektrik akan menyebabkan industri kedai serbaneka terjejas.

Lebih banyak kereta elektrik di jalan bermakna lebih kurang pengguna membeli di kedai serbaneka. Contohnya, sebuah kereta yang boleh bergerak pergi balik Ipoh dengan sekali cas, buat apa nak berhenti di R&R kan? 

BACA: REMAJA INI UBAHSUAI CELICA JADI KERETA ELEKTRIK

Begitulah justifikasinya.

Kerisauan ini memang berasas. Sebagai contoh di Amerika, 63 peratus jualan minuman Monster datangnya dari kedai serbaneka dan di kedai stesen minyak. 

Jeff Lenard dari Persatuan Kedai Serbaneka Amerika (National Association of Convenience Stores) memberitahu, 60 peratus keuntungan stesen minyak datangnya dari kedai serbaneka. Bukan hanya dari jualan bahanapi.

BACA: 2025, KERETA ELEKTRIK LEBIH MURAH DARI PETROL

“Jualan minuman yang meningkatkan jualan keseluruhan. Ia menentukan keuntungan kedai. Apa juga persaingan yang wujud dalam industri ini sudah tentu jadi perhatian kami”

“Tapi kami percaya, pengusaha kedai serbaneka akan melakukan apa yang biasa mereka buat. Mereka akan cari jalan untuk bersaing,” tambah Lenard.

“Bencana” ini mungkin terjadi. Tapi ia masih jauh. Menurut Grant McAllister pakar industri dari ADD Systems, beliau tidak fikir kereta elektrik akan popular dengan cepat. Kesan terhadap industri kedai serbenaka ni kalau pun terjadi mungkin dalam tempoh 20 tahun akan datang.

 

 

 

Google ads
Back to top button