KERETA EV BMW iX3 AKAN DIBINA DI CHINA DAN DIEKSPORT KE SELURUH DUNIA

SHARE

BMW telah mengesahkan bahawa produksi kereta elektrik iX3 akan dibina di China bermula tahun 2020 dan akan dieksport ke seluruh dunia.

Pengeluaran tempatan iX3 merupakan sebahagian daripada perjanjian jangka panjang baru yang ditandatangani antara BMW dan rakan dagang China, Brilliance Automotive Group Holdings melalui usaha sama BMW Brilliance Automotive (BBA).

Dalam satu kenyataan, BBA berkata ia akan meningkatkan kapasiti dua kemudahan pengeluaran di Tiexi dan Dadong untuk membina 520,000 kenderaan pada 2019.

Tahun lepas, kira-kira dua pertiga daripada 560,000 kenderaan jenama BMW yang dijual di China telah dibina di fasiliti pengilangan dalam negara.

IX3 akan dibina di loji enjin dan kilang bateri BBA di Shenyang bermula tahun 2020. Tidak lama selepas kenderaan itu diumumkan sebagai konsep di Pameran Auto Beijing awal tahun ini, spekulasi bertiup kencang bahawa ia akan dibina di China. 

Nadi penggerak Concept iX3 ialah motor elektrik yang mampu menghasilkan sehingga 270 HP dengan menggunakan bateri 70 kWh.

Ini membolehkan SUV tersebut bergerak sejauh 249 batu (400 km) dengan sekali cas di bawah Prosedur Ujian Kenderaan Ringan Harmonized Sedunia (WLTP) yang baru. Apabila dipasang ke pengecas pantas150 kW, bateri iX3 boleh dicas penuh dalam masa hanya 30 minit.

Menariknya juga, modul motor elektrik, transmisi, dan kawalan iX3 semuanya dimasukkan ke dalam komponen tunggal, menjadikannya mudah untuk menggunakan  nadi penggerak ini dalam pemilihan mana-mana kenderaan pada masa depan. BMW juga mendakwa telah membangunkan powertrain iX3 tanpa menggunakan sebarang logam nadir bumi (rare earth)

GALERI

Share this post

scroll to top