Buletin

KERETA KELUARGA BANGSAWAN DILANCARKAN- PORSCHE PANAMERA SPORT TURISMO

Sime Darby Auto Performance (SDAP) tahun lalu sudahpun melancarkan generasi kedua Panamera untuk pasaran tempatan. Membuka tirai 2018, mereka memperkenalkan pilihan Panamera menerusi tiga varian baru Sports Turismo.

Sebenarnya, Abang Japar tak peduli sangat pun pasal Panamera ni sebab Porsche mungkin terlalu banyak sub model yang susah nak diingat. 

BACA: PANAMERA GEN 2 DILANCARKAN

Hari ini SDAP memperkenalkan Panamera Sport Turismo, Panamera 4 Sport Turismo, Panamera 4 E-Hybrid Sport Turismo. Harganya bermula RM990,000 untuk Sport Turismo, RM1,125.000 untuk 4 Sport Turismo dan RM 1,940,000 bagi varian 4 E-Hybrid Sport Turismo.

Mahal, baik beli rumah. Ye lah, yang beli kereta begini pun bukannya duduk PPRT. Paling koman ada rumah korner lot di Hartamas atau Semi D berhampiran Ibu Kota.

Panamera sebenarnya model penting Porsche yang membolehkan bersaing dalam pasaran kereta saloon mewah. Sebelum ini, Porsche hanya mempertaruhkan Cayyenne bagi pilihan model empat pintu mereka.

Panamera mula diperkenalkan ke pasaran dunia pada tahun 2009. Generasi pertamanya agak buruk pada pandangan mata Abang Japar. Namun generasi kedua ini menampakkan rupa Porsche sebenar dan untuk menambahkan “saiz” supaya dapat rupa sedan saiz penuh, Porsche perkenalkan Sport Turismo.

Berbeza dengan Panamera biasa, Sport Turismo adalah gaya gabungan hatchback dan wagon. Mat salleh kata shooting brake. Bagi mereka yang benar-benar ingin dipandu berbanding memandu, Sport Turismo adalah pilihannya.

Ia dilengkapi dengan Porsche Active Aerodynamics (PAA). Sayap belakang kereta dilaras pada tiga kedudukan bergantung kepada penalaan pemanduan. Pada keadaan kritikal, ia memberi tekanan sehingga 50kg pada gandar belakang. 

Ia diintegrasikan bersama Porsche Dynamic Chassis Control (PDCC) dan Porsche Traction Management (PTM).

Setiap model ini didatangakn bersama jaminan selama empat tahun dan pakej penyelenggaraan percuma melibatkan servis, alat ganti dan kos buruh.

Google ads
Back to top button