KERETA MANA AKAN MEMENANGI PERINGKAT AKHIR ANUGERAH ‘CAR OF THE YEAR 2018’ (COTY)?

SHARE

Alfa Romeo, Audi BMW, Citroen, Kia, Seat dan Volvo akan berentap antara satu sama lain untuk merebut edisi ke 18 Car of the Year (COTY) Eropah. Pemenang akan dipilih daripada 37 penyertaan pada peringkat awal sebelum sampai ke peringat akhir ini.

Semua model ini dilancarkan pada tahun ini dan boleh diperolehi di pasaran Eropah buat masa ini. Kesemuanya calon juga akan melalui pelbagai ujian sebelum berjaya memasuki peringkat akhir.

Mitsubishi YE-Triton-Mrec-Desktop

BACA: PEUGEOT 3008 DINOBATKAN SEBAGAI EUROPEAN CAR OF THE YEAR 2017

Bagaimanapun keputusan akhir terletak di tangan 60 orang juri yang dipilih daripada 23 negara di seluruh dunia. Mereka akan memilih satu sahaja pemenang yang akan diumumkan pada Geneva Motor Show 2018 yang akan membuka tirainya pada 5 Mac tahun depan.

Calon-calonnya adalah:

  • Alfa Romeo Stevio

Diperkenalkan pada LA Auto Show tahun 2016, Alfa Romeo Stevio merupakan SUV pertama keluaran syarikat ini. Rupanya mudah dikenali kerana mempunyai wajah Alfa sejati dan dikuasakan dengan enjin 2.9-liter turbo berkembar V6 dan mampu menghasilkan 505 bhp kuasa dan 600 Nm tork maksima.

  • Audi A8

Model sedan terbesar Audi dan menjadi pilihan The Transpotter telah memasuki generasi keempat. Ia mempunyai gaya yang cukup tersendiri dengan diilhamkan oleh Prologue Concept dan merupakan pencabar kepada BMW 7-Series dan Mercedes-Benz S-Class. Ia juga merupakan model pertama dilengkapi dengan sistem pemanduan autonomi tahap ketiga.

  • BMW 5-Series

Dibangunkan dengan menggunakan platform CLAR. Rupanya sahaja membuatkan kita menyangka kereta ini mampu mengelak dikesan oleh radar. Ia bukan sahaja mendapat pujian di seluruh dunia tetapi cukup ringan dan dilengkapi dengan enjin baru dan sistem autonomi yang meringankan beban pemandu di belakang stereng.

  • Citroen C3 Aircross

Tiada kaitan dengan kasut Airmax tetapi inilah jawapan pengeluar dari Perancis kepada Nissan Juke, Renault Captur, Ford Ecosport dan lain-lain yang sekelas dengannya. Ia mempunyai rekaan yang funky dan disasarkan untuk golongan muda yang rugged macam Pak Amid.

  • Kia Stinger

Model pacuan belakang yang cukup seksi dan ditunggu-tunggu di seluruh dunia termsuk Malaysia. Ia seolah-olah kacukan antara BMW 4-Series Gran Coupe dan Audi A5 Sportback tapi dengan kos yang lebih menjimatkan. Ingat, zaman Kia Sephia dah berlalu tau.

  • SEAT Ibiza

Generasi kelima Seat Ibiza dengan pengaruh rekaan Leon (satu lagi model Seat). Ia disasarkan akan menjadi saingan sengit kepada Renault Clio, Vauxhall Corsa, Ford Fiesta dan Peugeot 208. Diperkenalkan buat pertama kali di Geneva Motor Show tahun ini dan mempunyai pelbagai peralatan bantu pemanduan sehebat model keluaran abang besarnya, Volkswagen.

  • Volvo XC40

SUV paling kecil Volvo selepas XC60 dan XC90. Mempunyai rekaan yang menyamai saudaranya yang lebih besar tetapi dengan seni binaan baru syarikat ini yang dinamakan CMA. Ia dibangunkan bersama Geely (ada lagi ke yang nak kutuk Geely?) dan akan dihasilkan di Belgium sebelum dihantar kepada pelanggan tahun hadapan.

GALERI:

 

Share this post

scroll to top