Buletin

KERETA MEWAH BERNILAI RM4.7 JUTA MUSNAH DILENYEK BULLDOZER DI FILIPINA – AMARAN TEGAS DARIPADA PRESIDEN DUTERTE

Presiden Filipina buat hal lagi. Kali ini Rodrigo Duterte mengarahkan sejumlah kereta mewah yang diseludup bernilai AS$1.2 juta (RM4.7 juta) dimusnahkan.

Arahan itu dilaksanakan oleh Biro Kastam Filipina, beberapa hari selepas beliau berjanji untuk menghapuskan kenderaan yang dibawa masuk ke dalam negara itu secara haram.

Menurut laporan Reuters, kereta seludup yang terdiri daripada model-model seperti Corvette Stingray, BMW, Jaguar, Audi, Mercedes-Benz, Toyota dan Lexus itu dimusnahkan dalam masa tiga minit sahaja.

Tahun lalu sahaja, Biro Kastam telah berjaya merampas kereta seludup bernilai AS$2.93 (RM11.4 juta) yang merupakan sebahagian daripada rampasan berjumlah AS$866 (RM3.4 bilion).

“Tidak berbaloi untuk lari daripada cukai di Filipina. Jadi, tak perlu mencuba kerana anda akan gagal,” kata Menteri Kewangan Filipina, Carlos Dominguez sebelum 20 unit kereta dimusnahkan di sebuah pelabuhan di Manila. Manakala sepuluh buah lagi kereta dimusnahkan di Davao dan Cebu.

Akhbar tempatan Philstar melaporkan sebuah McLaren bernilai AS$258,000 (RM1 juta) merupakan antara kereta yang dirampas oleh kastam. Namun tidak dapat dipastikan sama ada ia dimusnahkan atau sebaliknya.

Google ads
Back to top button