KERETA TERBANG JADI KENYATAAN. “LIBERTY” KINI SUDAH DIBUKA UNTUK TEMPAHAN

SHARE

Waktu kecil, antara rancangan kegemaran saya ialah “Beyond 2000”. Dokumentari yang memaparkan teknologi masa hadapan. Rancangan yang disiarkan pada era 80-an tersebut membayangkan perkembangan sains dan teknologi serta produk yang akan ditawarkan pada pengguna pada awal millenium. Antara yang sering dipertontonkan, kereta terbang.

Idea kereta terbang ini bukanlah perkara baru. Kebanyakannya dihasilkan untuk tujuan konsep dan bertujuan mengetengahkan teknologi. Belum ada pengeluar yang benar-benar serius mahu melabur untuk menghasilkannya sebagai produksi komersial.

BACA: KERETA DENGAN REKAAN PINTU PELIK

Tapi impian itu sudah jadi kenyataan bila syarikat PAL-V mengumumkan akan menerima tempahan kereta terbang mereka. PAL-V telah menampilkan produk yang telah melepasi semua ujian kenderaan dan undang-undang penerbangan bagi membolehkannya dijual di pasaran awam.

“Selepas bertahun-tahun bekerja keras menguji aspek teknikal, pasukan kami berjaya menghasilkan kereta terbang yang menepati spesifikasi keselamatan yang ditetapkan oleh semua badan perundangan dan penerbangan seluruh dunia,” ujar Robert Dingemanse, CEO PAL-V.

Kereta terbang ini dikenali dengan nama LIBERTY dan didatangkan dalam dua trim iaitu PIONEER dan SPORT. Secara teknikal, Liberty dipasang dengan dua enjin Rotax, satu untuk penerbangan dan satu untuk kegunaan darat.

Bagi kegunaan darat, ia dipasangkan dengan enjin talaan 100 kuasa kuda. Dengan seberat hanya 640kg, setiap isian tangki Liberty ini mampu mencatat perjalanan sehingga 1300km. Menarik kan? Tapi kalau anda dah ada kereta terbang, kisah apa pasal jarak perjalanan darat?

Di udara, Liberty digerakkan oleh enjin kedua dengan ekstrak 200 kuasa kuda. Jarak perjalanan bagi satu tangki bahanapi ialah 500 kilometer dan tak seperti pesawat yang memerlukan bahanapi jet, Liberty boleh menggunakan bahanapi biasa.

500km tu dah cukup jauh, cukup untuk anda terbang dari KL ke Kota Bharu pada bila-bila masa tanpa tersekat dalam jem dan melayan pakcik keluar masuk simpang tanpa isyarat di Jalan Kuala Krai-Kota Bharu.

Anda berminat?

PAL-V sudah mula membuka tempahan. Harga asas untuk Liberty Sport ialah USD399,000 (RM1.7 juta) dan Liberty Pioneer (RM2.6 Juta). Kira-kira harga sebuah Lamborghini Aventador di Malaysia. Anda perlu membayar wang tempahan sebanyak RM44,000 untuk Sport dan RM110,000 untuk memesan model tersebut.

Namun perlu diingatkan, anda perlu lesen memandu dan lesen penerbangan untuk membeli sebuah Liberty. Pihak PAL-V menjangkakan produksi akan bermula tahun ini dan tempahan pertama akan dihantar pada penghujung tahun hadapan.

Kami yakin ada yang akan beli nanti ni. Tokey online, MLM, tudung harga arwah dan mungkin juga dibeli oleh penunggang agama.

Tak lama lepas tu anda pun boleh lihat iklan valet penerbangan, solat dalam pesawat dekat dengan awan berkat dan dapat pahala. (tahu pulak dia tuhan duduk atas langit eh?)

 

 

 

 

 

Share this post

scroll to top