Buletin

KERETA TERUS BERKILAT DENGAN ULTRA BODY COATING HONDA – JAMINAN SELAMA 3 TAHUN, RM2,880

Honda Malaysia baru-baru ini meluaskan perkhidmatan selepas jualan apabila memperkenalkan Ultra Body Coating sah yang pertama untuk semua model keluarannya.    

Para pelanggan kini boleh menggunakan produk inovatif ini yang membantu mengekalkan kilat cat kenderaan tanpa perlu bimbang jaminan cat terbatal. Ultra Body Coating termaju ini mengandungi lapisan berasaskan kaca yang paling keras berbanding standard industri (9H Rating).

Ia membantu melindungi cat serta warna permukaan kereta daripada kesan panas, sinaran UV, habuk besi, tahi burung, tar dan batu-batu kecil. Lapisan itu juga mempunyai fungsi pelincir yang memudahkan aspek penyelenggaraan.

Jadi, semua model Honda kini boleh memiliki permukaan cat yang berkilat dengan hanya satu aplikasi sahaja dan mampu bertahan sehingga tuga tahun. Ultra Body Coating telah diuji dan diluluskan oleh jenama aksesori tulen Honda di Jepun, Honda Access.

“Lapisan tambahan ini dapat mengekalkan cat dan meningkatkan nilai kenderaan dalam jangka masa panjang,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Katsuto Hayashi.

Ultra Body Coating ditawarkan pada harga RM2,880 bersama jaminan selama tiga tahun. Pakej itu merangkumi servis sebanyak dua kali pada setiap enam bulan tahun pertama. Jika perlu, servis kali ketiga akan dikenakan caj.

Pelanggan Honda yang berminat boleh membawa kereta mereka ke panel sah atau pengedar Honda yang boleh membuat urusan tersebut. Ultra Body Coating boleh didapati mulai 16 Oktober kecuali di Langkawi, Labuan, Miri, Sibu dan Bintulu.

Maklumat lanjut mengenai Honda Access Ultra Body Coating, sila kunjungi mana-mana pengedar sah Honda, hubungi talian 1-800-88-2020 atau layari laman web: www.honda.com.my

Google ads
Back to top button