Buletin

KERJA NAIK TARAF SIC IKUT JADUAL

Dengan tempoh kurang sebulan sebelum Litar Antabangsa Sepang (SIC) dibuka semula, proses penambahbaikan dilihat berjalan lancar dengan 50 peratus kerja-kerja utama telah disiapkan.

SIC-Track Resurfacing-mekanika (3)

Litar itu ditutup untuk proses naik taraf sejak 15 Februari lalu. Ia dijangka dibuka semula pada 8 Mei depan.

Diketuai oleh Ketua Reka Bentuk Litar dari firma rekaan Itali Dromo, Jarno Zaffelli,  penambahbaikan itu perlu untuk memenuhi standard antarabangsa FIA dan FIM.

SIC-Track Resurfacing-mekanika (2)

“Kami bekerja sepanjang masa untuk menyiapkan segala kerja sebelum acara 2016 MOTUL FIM Superbike World Championship (WorldSBK) pusingan Malaysia yang akan diadakan di SIC pada 13 hingga 15 Mei,” kata Ketua Pegawai Eksekutif SIC,  Dato’ Razlan Razali.

Kerja naik taraf melibatkan keseluruhan litar sepanjang 5.543km. Ia merangkumi menambah baik selekoh 1, 2, 4, 5, 7, 8, 9, 12 dan 15. Selain memperbaiki sistem pengairan, bebendul jalan, kawasan run-off  pada selekoh 1, 4, 9, 12 dan 15, serta jalan pintas.

Selekoh terakhir dikatakan bakal memberi impak besar kepada SIC, menawarkan pelumba pengalaman baru dan lebih mencabar.

Google ads
Back to top button