KESATUAN EROPAH AKAN SERANG BALAS TARIFF BARU POLISI EKONOMI TRUMP

SHARE

Sejak menjawat jawatan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah banyak membuat tindakan yang tidak digemari dunia luar. Selain menekan kemasukan imigran, mengenakan polisi luar biasa pada syarikat asing, Trump juga dilihat mahu “memaksa” pemain industri automotif melabur di Amerika jika mahu menjual kereta di sana.

Atau pilihan lain, mereka akan berhadapan dengan duti import yang tinggi pada kenderaan yang diimport masuk ke Amerika. Selain mengugut syarikat-syarikat dari Jepun, Trump juga memberi amaran kepada Eropah.

Trump dikatakan akan menetapkan tarif  sebanyak 20 peratus bagi kenderaan yang dipasang di Eropah dan diimport ke Amerika

BACA: BMW TAK PEDULI, TETAP BINA KILANG DI MEXICO

Ketika Jerman dilihat cuba membuat rundingan mengenai angka tersebut, kerajaan Perancis mengambil pendekatan yang berbeza. 

Bercakap ketika persidangan ekonomi di Selatan Perancis, Menteri Kewangan Perancis Bruno Le Maire berkata, perang perniagaan antara dua kuasa ini akan berlaku.

“Jika esok Amerika menetapkan tarif import yang baru, kita perlu bersatu dan menunjukkan reaksi balas. Eropah perlu bersatu dalam hal ini.

“Persoalannya, bukan bila, tetapi jika ia berlaku, kita akan membalasnya dengan tindakan yang wajar,” ujar Le Maire.

Sebelum ini, kenderaan Eropah dikenakan tarif sebanyak 2.5 peratus bagi kereta penumpang dan 25 peratus bagi trak pikap. Kesatuan Eropah pula menetapkan tarif 10 peratus pada semua kenderaan Amerika.

 

 

Share this post

scroll to top