Artikel PilihanBuletin

SEMUA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG TURBO LAG DAN SISTEM ANTILAG

Hari ini kita akan mengupas serba sedikit tentang Antilag System (ALS). Sebelum kita pergi pada antilag, kita terlebih dahulu kena tahu apa itu turbo lag. Secara ringkasnya, turbo lag adalah sela masa ketika turbo menghasilkan tekanan udara yang cukup ke enjin.

Atau secara pasarnya, timing sebelum boost masuk ke enjin. Lagi besar turbo, lagi ketara lah turbo lag. Begitu juga dengan perjalanan boost/tekanan udara yang dihasilkan oleh unit turbo sebelum sampai ke enjin.

BACA: 6 TANDA SPARK PLUG PERLU DIGANTI

Oleh kerana itu, pihak pengeluar kenderaan masakini menggunakan Water Intercooler berbanding Air Intercooler untuk memendekkan jarak perjalanan boost tersebut sekaligus mengurangkan turbo lag.

Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa tidak membuat turbo yang mampu menghasilkan boost dari idle sehingga redline?

Seperti komponen kenderaan yang lain, unit turbo telah ditetapkan untuk berfungsi secara spesifik pada RPM tertentu. Unit turbo mempunyai spesifikasi tersendiri bagi membezakan fungsi, kuasa dan tujuan penggunaan tertentu.

BACA: 5 PETANDA ALTERNATOR HAMPIR ROSAK

Baiklah, kita pergi pada topik utama kita iaitu Antilag System (ALS). Penggunaan Antilag System mula digunakan pada circa 1980 pada kenderaan lumba Formula One. Sehinggalah pelbagai undang-undang digubal dan dirombak menjadikan penggunaan Antilag System ini tidak lagi relevan dengan Formula One. Akan tetapi, fungsi ini mula mendapat tempat di acara Rally sehinggalah sekarang.

Ketika tahun 1985/1987, pihak Audi dengan jentera Rally Audi S1 Evolution 2 menjadi pelopor kepada sistem Antilag ketika bersaing untuk Group B. Ia dikenali sebagai Audi Umluft dan menjadi tumpuan utama seluruh industri Automotif dunia.

Sudah habis cerita pasal sejarah, kita mula kepada fungsi.

Antilag System berfungsi dengan memastikan pusingan turbin turbo berputar pada kelajuan sekata walaupun ketika throttle tertutup (Off Throttle). Ini untuk memastikan enjin mendapat boost yang cukup selain respon Throttle yang sangat cepat.

BACA: INJECTOR LEBIH BESAR, KERETA LEBIH POWER?

Kerana apa ? Kerana setiap saat di dalam perlumbaan itu sangat berharga. Jadi, perkara-perkara yang tidak diingini seperti turbo lag ini mestilah dihapuskan.

Bagaimana ? Ada dua cara iaitu :-

  1. Throttle Bypass atau Throttle Kick
  2. Secondary Air Injection atau Inlet Bypass

Throttle Bypass
Cara ini adalah dengan menggunakan injap bypass tambahan atau unit solenoid yang akan membuka throttle sedikit sahaja dalam lingkungan 12-20 darjah ketika “Off Throttle”.

Kemudian, AFR ditala dengan kadar “Rich”. Seterusnya, Ignition Timing ditala se-retard-retardnya untuk menjadikan pembakaran yang tidak sempurna berlaku di dalam kebuk pembakaran.

Kenapa ? Kerana gas pembakaran yang tidak sempurna itu akan terbakar di dalam manifold ekzos.

Kenapa ? Gas yang terbakar di dalam ekzos manifold itu akan membuatkan dan memastikan pusingan turbin akan terus berpusing pada kelajuan tinggi seterusnya memberikan boost yang cukup pada enjin ketika Throttle dibuka semula. Semua ini berlaku ketika “Off-Throttle”.

Secondary Air Injection
Sistem ini lebih “direct” dimana satu injap diletakkan di antara unit Intercooler dan Throttle Body.

Injap ini akan membekalkan lebihan udara yang terhasil ketika “Off Throttle” dan seterusnya menyalurkan udara tersebut terus ke manifold ekzos.

Talaan AFR “Rich” dan Retard Ignition Timing juga diperlukan. Hukumnya sama, campuran udara dan bahanapi akan terbakar di manifold ekzos atau perumah turbo dan memastikan turbin berpusing pada kelajuan tinggi.

BACA: RAHSIA MINYAK BREK (BRAKE FLUID)

Adakah Antilag ini bagus ?

Ya, memang bagus di dalam perlumbaan. Akan tetapi amatlah tidak sesuai untuk digunakan untuk pemanduan harian. Hal ini kerana :-

  1. Campuran udara dan bahanapi terbakar di manifold ekzos. Cuba anda bayangkan, betapa tebalnya kebuk pembakaran enjin anda untuk menampung kuasa yang dihasilkan. Berapa tebal pula unit manifold ekzos anda. Lagipun, manifold ekzos dicipta untuk menyalurkan gas ekzos yang sudah terbakar, bukan sebagai kebuk pembakaran. Begitu juga perumah turbo. Pasukan Rally akan menukar unit turbo dan manifold ekzos mereka setiap kali perlumbaan. Jika anda mampu melakukan perkara yang sama, teruskan. Haha !
  2. Tiada brek enjin. Bila kenderaan sudah dilengkapi dengan Antilag System (ALS). Maknanya brek enjin haruslah dikorbankan. Mana tak nya, jika enjin mampu menghasilkan boost ketika “Off-Throttle”, mana nak datang brek enjin nya kan.
  3. Bantuan Brek. Macam mana tu ? Unit Brek Servo perlu ditukar ke unit Servo Elektronik kerana unit servo biasa tidak dapat berfungsi dengan efisyen bagi kenderaan yang mempunyai sistem Antilag.
  4. Panas! Ye, unit manifold ekzos dan turbo akan mengalami panas melampau di dalam julat 700 hingga 1,500 darjah celcius. Bila terlampau panas, macam-macam boleh berlaku. Terbakar terus pun boleh. Haha.

Sistem Antilag ni sama ke dengan Pop & Bang tu ? Tidak sama sekali.

Pop & Bang adalah lebih kepada “show off” atau pertunjukan sahaja. Asasnya tetap sama, Ignition Timing akan di-retard ketika “Off-Throttle”.

Ada kesan terhadap prestasi ? Ye ada, reaksi enjin dan throttle akan sedikit berkurang dan penggunaan bahan api juga akan menjadi tinggi.

Sebenarnya, untuk menala sesebuah enjin itu, Pop & Bang ini tidaklah diperlukan. Cuma tu lah, orang nak. Kenalah bagi, kalau tak nanti orang ramai tak tahu yang kereta itu bukan biashe biashe. Hahaha !

Jadi, harapnya perkongsian saya kali ini dapat membantu anda semua lebih tahu tentang Sistem Antilag. Jika ada yang kurang harap maaf dan sama-sama kita belajar. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari saya sendiri.

Google ads
Back to top button