KIA CERATO GT DILANCARKAN DI KOREA SELATAN

SHARE

Kia Motors baru-baru ini melancarkan model Cerato GT sedan ke pasaran Korea Selatan. Di sana, ia dikenali sebagai Kia K3 GT.

Dari segi spesifikasi, jentera tersebut menggunakan khidmat enjin turbo empat selinder bersesaran 1.6 liter yang mampu menjana kuasa sekitar 2004PS dan tork 265Nm. Enin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear manual enam kelajuan atau automatik klac berkembar tujuh kelajuan.

Mitsubishi YE-Triton-Mrec-Desktop

Sama seperti model Kia Elantra Sport, Cerato GT dipasang dengan suspensi jenis multi-link untuk roda belakang. Selain brek cakera lebih besar dan maklum balas stereng yang mantap. 

Jentera itu menawarkan empat mode pemanduan iaitu Eco, Sport, Comfort dan Smart. Pemandu juga boleh mendapatkan bunyi enjin lebih sporty emenrusi ciri Electronic Sound Generator (ESG).

Berbanding dengan Cerato biasa, versi GT menerima gril hadapan lebih sporty bersama kemasan berwarna merah, perumah cermin sisi hitam, rim alir bersaiz 18 inci yang sama pada Ceed GT dan ProCeed GT untuk pasaran Eropah, skirting sisi, paip ekzos berkembar dan peresap udara di bahagian belakang.

Ruang kabin kini nampak lebih mewah dan sporty dengan penjenamaan GT. Ini termasuklah stereng dengan rekaan rata pada bahagian bawahnya, tempat duduk kulit, jahitan benang merah, lampu ambien boleh ubah dan macam-macam lagi.

Dari segi keselamatan, Cerato GT dipasang dengan Forward Collision Warning dan Avoidance Assist (FCW/FCA), Lane Keeping Assist (LKA), Lane Departure Warning (LDW), Driver Attention Warning (DAW) dan High Beam Assist (HBA) sebagai ciri standard.

GALERI

Share this post

scroll to top