Buletin

KIA DEDAH PICANTO 2017 SEPENUHNYA

Kia Motors semalam mendedahkan imej Kia Picanto serba baharunya. Model kompak generasi ketiga itu merupakan kereta paling laris Kia di peringkat global.

Dihasilkan hasil gabungan dua buah pusat reka bentuk Kia di Namyang, Korea dan Frankfurt, Jerman Picanto nyata menyuntik elemen yang lincah serta energetik ke dalam kenderaan segmen A.

kia-picanto-gt-line-2017-mekanika-4

Dapat dilihat dengan jelas bahawa rekaannya diinspirasikan daripada GT-Line menerusi garis badan yang lebih tegap serta alunan permukaan badan yng cukup menarik.

BACA: PREBIU KIA GRAND CARNIVAL – 5 PERKARA YG PATUT ANDA TAHU

BACA: KIA BANGUNKAN TRANSMISI 8 KELAJUAN UNTUK MODEL FWD

Jentera tersebut hadir dengan jarak roda 15mm lebih panjang berbanding sebelumnya menjadi 2,400 mm. Pasukan pereka Kia juga ‘mengeluarkan sedikit’ kedudukan tayar untuk membuatkannya nampak lebih garang. Ia kemudian ditambah dengan pilihan warna-warna terang untuk membuatkan Picanto lebih menonjol.

kia-picanto-gt-line-2017-mekanika-2

Di ruang kabin, Picanto dilengkapi pelbagai teknologi terkini dari segi sistem keselamatan dan kemudahan. Di tengah-tengah kabin terletak satu skirn sentuh untuk sistem infotainmen yang kelihatan seperti terapung.

Para pelanggan juga bakal menikmati pakej yang lebih pintar. Ini dapat direalisasikan melalui ruang kargo dan kabin yang lebih luas berbanding mana-mana pesaingnya.

kia-picanto-gt-line-2017-mekanika-3

Kia akan mendedahkan jentera kompak ini buat pertama kalinya kepada umum dalam acara Geneva International Motor Show 2017, Mac depan.  Picanto dijangka mula dijual pada musim bunga tahun ini.

Google ads
Back to top button