Buletin

KIA MOTORS LANCAR SORENTO BAHARU

Kia Motors baru-baru ini telah memperkenalkan SUV Kia Sorento serba baharu di Korea Selatan. 

kia-sorento-2015-mekanika (1)

SUV tersebut dilihat menggabungkan aspek gaya, praktikaliti dan gaya berdasarkan kepada model terdahulu yang cukup berjaya. Sorento generasi ketiga menerima karekter rekaan luaran yang kemas, berprofail dan sofistikated.

Lampu hadapannya kini lebih dominan dengan gril hidung harimau yang menjadi signatur rekaan kenderaan Kia moden serta corak berlian tiga dimensi yang mula diperkenalkan pada model konsep Kia Cross GT pada tahun lalu.

kia-sorento-2015-mekanika (9)

Rekaan luaran ini diketuai oleh studio rekaan Kia di Namyang, Korea. Selain mendapat input signifikan daripada studio rekaan Kia di Frankfurt, Jerman dan Irvine, California.

Dimensi Sorento juga telah berubah. Ia kini lebih panjang (+95mm kepada 4,780mm), lebih rendah (turun 15mm kepada 1,685mm) dan semakin lebar (+5mm menjadi 1,890mm).  

kia-sorento-2015-mekanika (7)

Perubahan lebih ketara dapat dilihat pada ruang kabinnya. Dengan tema moden dan luas, kluster instrumen kabin kini lebih lebar. Penggunaan material lembut dan kulit menawarkan rasa kemewahan kepada ambien Sorento.

Konsol tengahnya pula diinspirasikan daripada jam buatan Switzerland yang menggabungkan teknologi-teknologi antara muka manusia-mesin (HMI) terkini Kia.

kia-sorento-2015-mekanika (4)

Jentera berkapasiti lima atau tujuh tempat duduk ini dijana oleh lima pilihan enjin, bergantung kepada pasaran yang dimasukinya. Antaranya termasuklah enjin petrol dengan sistem pancitan terus bahan api (GDI) bersesaran 2.4 liter, enjin 2.4 liter dan 3.3 liter multi-point injection (MPI) serta dua unit enjin diesel 2.0-liter dan 2.2-liter ‘R’ turbo diesel.

kia-sorento-2015-mekanika (8)

Selepas Korea, Kia Sorento baharu bakal menemui pengguna di Eropah menerusi acara Paris Motor Show yang berlangsung pada 2 Oktober depan.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button